• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tidak Akan Bankrap Seperti Sri Lanka – Zafrul

oleh AK-47
19/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Malaysia Tidak Akan Bankrap Seperti Sri Lanka – Zafrul
Share on FacebookShare on Twitter

PARLIMEN l Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi jaminan bahawa Malaysia tidak akan terjerumus seperti Sri Lanka yang berdepan dengan masalah kewangan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Katanya, ekonomi negara masih stabil, dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan keyakinan dengan prospek pertumbuhan berterusan negara.

“IMF tak pernah kata Malaysia alami masalah ekonomi yang akan mengakibatkan negara muflis, sebaliknya mereka yakin dgn prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“ Kalau kita banding petunjuk ekonomi Malaysia dan Sri Lanka jelas bahawa ekonomi kita jauh lebih kukuh berbanding Sri Lanka, jadi kemungkinan untuk Malaysia bankrap seperti Sri Lanka amat tipis,” kata Zafrul kepada Dewan Rakyat hari ini.

Dia berkata IMF yakin KDNK Malaysia mampu berkembang pada pertumbuhan 5.75 peratus tahun ini.

Zafrul menjawab soalan Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada Malaysia berdepan berkemungkinan menghadapi masalah ekonomi seperti Sri Lanka semasa waktu soal jawab menteri.

Sri Lanka menyaksikan kegawatan ekonomi yang meruncing sehingga tercetus rusuhan besar-besaran bulan ini, sehingga kerajaan digulingkan.

Rizab pertukaran asingnya menjadi sifar, dan terdapat kekurangan bekalan, khususnya, bahan api.

Di sebalik unjuran pemulihan ekonomi, Zafrul berkata negara tidak menjana pendapatan tambahan yang mencukupi untuk mewajarkan pengambilan lebih banyak hutang.

Dia menjawab soalan Ahmad yang ingin tahu mengapa kerajaan tidak meminjam lebih banyak dana untuk membiayai usaha membantu rakyat.

Seperti kebanyakan negara lain, Malaysia sedang berdepan dengan peningkatan inflasi.

Bagi mengurangkan kesan ke atas kos sara hidup kerajaan telah meningkatkan jumlah yang dibelanjakan untuk subsidi bagi produk seperti ayam, telur, minyak masak dan petrol RON95.

Zafrul berkata unjuran terbaru ialah perbelanjaan untuk subsidi akan mencecah RM80 bilion, berbanding RM31 bilion yang dianggarkan pada awalnya semasa Bajet 2022.

Bagi mengimbangi kenaikan kos, kerajaan telah memulakan usaha penjimatan dalaman, menyasarkan untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 5 peratus daripada baki kos operasi kementerian dan agensi persekutuan.

Sementara itu, Bernama memetik Zafrul sebagai berkata, keupayaan Malaysia untuk menambah tahap keberhutangan adalah terhad berbanding negara lain dengan nisbah bayaran khidmat hutang jauh lebih rendah seperti negara maju.

Menurutnya, nisbah bayaran khidmat hutang kepada hasil bagi Malaysia telah mencapai paras 16.3 peratus pada 2021 dan berdasarkan Bajet 2022, ia dijangka melebihi 18 peratus.

“Ini bermakna bagi setiap RM1 hasil kerajaan, hampir 20 sen digunakan hanya untuk pembayaran faedah atau bunga hutang dan tidak mengambil kira pun keupayaan untuk membayar balik jumlah pokok pinjaman kerajaan,” katanya dalam sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahmad Maslan (BN-Pontian) sama ada tahap keberhutangan Malaysia masih di paras terurus dan mengapa kerajaan enggan terus meminjam untuk membantu rakyat.

Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa kebolehan sesebuah negara meningkatkan jumlah pinjamannya bukanlah bergantung semata-mata ke atas nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), tetapi faktor paling utama adalah kemampuan keberhutangan serta kemampanan hutang.

Menurutnya, kadar hutang kepada KDNK di Malaysia hanya di tahap 63 peratus manakala negara maju seperti Jepun mempunyai kadar hutang sebanyak 263 peratus daripada KDNK dan Singapura pada kadar 133 peratus.

“Di samping itu, nisbah peratusan cukai kepada KDNK untuk Malaysia adalah pada paras sekitar 11 peratus iaitu lebih rendah berbanding negara lain seperti Filipina 18 peratus, Thailand 17.2 peratus dan Singapura 13.3 peratus,” katanya.

Secara purata, Tengku Zafrul berkata nisbah peratusan cukai kepada KDNK bagi negara anggota Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) adalah melebihi 33 peratus.

“Ini bermakna walaupun ekonomi negara semakin pulih pada 2022, pertumbuhan ekonomi tersebut tidak menjana hasil tambahan yang sewajarnya untuk menampung penambahan hutang,” kata beliau.

-Malaysia Kini

Tags: BankrapMalaysiaSri Lankatengku zafrul
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

Rakyat Akan Dapat Rasai Hasil Pelaburan Diluluskan RM92.8 Bilion – Tengku Zafrul

11/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion pada suku pertama tahun 2026 melibatkan 1,249 projek merentasi sektor perkhidmatan, perkilangan...

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd