• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi MH17: Ukraine Teguh Dengan Komitmen Cari Kebenaran, Keadilan

oleh AK-47
17/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tragedi MH17: Ukraine Teguh Dengan Komitmen Cari Kebenaran, Keadilan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Ukraine sentiasa berpegang teguh pada komitmen untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan berkaitan insiden pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kementerian Ukraine dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan negara itu berkeyakinan penuh terhadap prosiding yang bebas, terbuka dan telus oleh pendakwaan kebangsaan Belanda dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

Justeru, beliau menggesa semua negara dan pihak yang terlibat untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap prosiding itu selaras dengan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2166 (2014).

“Proses kehakiman yang menyeluruh mesti dilakukan untuk mendapatkan kebertanggungjawaban penjenayah dan menuntut keadilan bagi mangsa dan waris MH17,” menurut kenyataan itu yang dimuat naik di Twitter sempena memperingati ulang tahun kelapan tragedi MH17.

Pesawat Boeing 777 itu dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 apabila ia ditembak jatuh di bahagian timur Ukraine. Tragedi itu mengorbankan 298 penumpang termasuk kru pesawat itu.

Ukraine turut mengulangi rasa simpati dan ucapan takziah kepada seluruh waris dan insan tersayang mangsa nahas penerbangan MH17.

“Pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine sudah pasti mengembalikan detik menyakitkan kepada keluarga dan insan tersayang mengenai tragedi MH17.

“Walaupun mereka yang pergi tidak akan kembali atau dapat mengubat kesedihan serta keperitan yang dialami seluruh keluarga mangsa, penting untuk kita meneruskan kebertanggungjawaban dan memastikan tragedi sama tidak akan berulang,” menurut kenyataan itu.

Bernama-

Tags: tragedi MH17Ukraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd