• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hospital Swasta Kurang Ubat Rawat Saluran Pernafasan

oleh Mohd Arshad
16/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hospital Swasta Kurang Ubat Rawat Saluran Pernafasan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Hospital swasta berdepan kekurangan ubat-ubatan bagi merawat masalah saluran pernafasan atas berikutan kemasukan jumlah pesakit yang semakin meningkat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh, berkata pihaknya mengalu-alukan keputusan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk melepaskan stok penimbal ubat-ubatan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada klinik dan hospital swasta yang menghadapi masalah bekalan.

Katanya, APHM akan berbincang dengan Pharmaniaga Bhd berhubung mekanisma untuk mendapatkan ubat-ubatan berkenaan daripada stok penimbal kerajaan, dalam masa terdekat.

“Hospital swasta di seluruh negara kini dipenuhi oleh pesakit sejak dua bulan lalu bagi mendapatkan rawatan untuk pelbagai penyakit antaranya influenza dan prosedur pembedahan.

“Perkara ini adalah fenomena luar biasa bagi hospital swasta, namun ia mungkin disebabkan oleh pendedahan secara tiba-tiba kepada aktiviti sosial terutamanya selepas menjalani tempoh berkurung selama dua tahun (PKP),” katanya.

Bagaimanapun, Dr Kuljit, berkata jumlah pesakit COVID-19 di hospital swasta masih rendah berbanding 2021.

Semalam, KKM mengumumkan akan melepaskan stok penimbal ubat-ubatan kepada klinik dan hospital swasta untuk menangani isu kekurangan bekalan di fasiliti kesihatan berkenaan.

Langkah itu sementara menunggu pengeluaran lebih stabil dari kilang ubat-ubatan dalam tempoh dua bulan lagi.

Sementara itu, Dr Kuljit, berkata hospital swasta berdepan masalah kekurangan tenaga kerja untuk membuka lebih banyak perkhidmatan bagi memenuhi permintaan.

“Salah satu kekangan yang dihadapi oleh hospital swasta dan kerajaan adalah untuk mendapatkan jururawat terlatih yang berpengalaman.

“APHM akan berusaha sedaya upaya untuk bekerjasama dengan pengawal selia bagi membantu hospital swasta mendapatkan jururawat asing dengan menghapuskan birokrasi sedia ada,” katanya.

-Berita Harian

Tags: hospital swastaubatUbat Rawat Saluran Pernafasan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

29/09/2022
0

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd