• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Bonda Dibuka Semula

oleh AK-47
15/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rumah Bonda Dibuka Semula
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Rumah Bonda yang terletak di Setapak boleh beroperasi semula selepas Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan yang difailkan oleh pengasas rumah perlindungan itu, Siti Bainun Ahd Razali.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun, premis yang ditutup sejak Julai tahun lalu tidak boleh digunakan sebagai pusat jagaan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam, Asiah Jalil yang mewakili Siti Bainun kepada media selepas tamat prosiding di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.

“Perintah menanggalkan Lak (notis penutupan) diberikan oleh Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 16A Akta Pusat Jagaan 1993, tanpa sebarang bantahan daripada pihak Jabatan Kebajikan (JKM),” katanya.

Pada prosiding semalam, Pengarah JKM yang dinamakan sebagai responden diwakili Peguam Persekutuan, Fatin Shafira Ab. Patah.

Siti Bainun kini sedang dibicarakan atas tuduhan menganiaya dan mengabaikan seorang remaja perempuan Sindrom Down di Kondo Irama Wangsa, Wangsa Maju di sini yang juga merupakan rumah kediaman wanita itu.

Pada 7 Jun lalu, Siti Bainun memfailkan saman pemula memohon agar Rumah Bonda di Setapak dibuka semula dengan menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKMWPKL) sebagai defendan tunggal.

Pada 9 Julai 2021, Siti Bainun menyatakan dia telah menerima Notis Lak (Penutupan) daripada JKMWPKL yang memaklumkan bahawa Rumah Bonda di Taman Setapak akan ditutup mengikut Seksyen 16(1) Akta Pusat Jagaan 1993.

Siti Bainun mendakwa tindakan Lak yang dibuat atas alasan Rumah Bonda tidak berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan adalah tidak berasas, tidak adil dan tidak mengikut proses pentadbiran kerana pada sepanjang JKMWPKL mengetahui Rumah Bonda dalam proses pendaftaran.

Pada 20 April lalu, Rumah Bonda telah menerima notis tawaran kompaun berjumlah RM5,000 daripada JKM WPKL mengikut Peraturan-Peraturan Pusat Jagaan 1994 (Pengkompaunan Kesalahan) di bawah Seksyen 21A dan Seksyen 24 Akta Pusat Jagaan 1993. Bayaran kompaun tersebut telah dilunaskan pada 25 April lalu.

Bagaimanapun, Pegawai Penguatkuasa JKM WPKL telah memaklumkan kepada Siti Bainun walaupun kompaun dibayar, Rumah Bonda hanya boleh dibuka semula atas perintah mahkamah.

Disebabkan perintah penutupan itu masih berkuatkuasa, Siti Bainun mendakwa pihaknya tidak boleh menjalankan kerja-kerja amal yang lain seperti penyediaan makanan bagi gelandangan dan pusat bank makanan.

Oleh itu, plaintif memohon agar Mahkamah memerintahkan JKMWPKL untuk menanggalkan Lak yang dibuat pada 12 Julai 2021.

Siti Bainun juga memohon agar Rumah Bonda dibenarkan beroperasi di Taman Setapak di sini dan digunakan untuk lain-lain tujuan selain sebagai pusat jagaan.

Turut dimohon ialah perintah dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

-Utusan Online

Tags: BellaKes BellaRumah Bonda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Abai, Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

Abai, Aniaya Bella: Siti Bainun Kekal Dipenjara 12 Tahun

14/08/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, berhubung sabitan atas...

Keluarga Teman Lelaki Bella Mahu Ambil Tindakan Mahkamah

Keluarga Teman Lelaki Bella Mahu Ambil Tindakan Mahkamah

06/05/2024
0

BATU PAHAT : Keluarga kepada lelaki yang didakwa membunuh teman wanitanya sebelum mayat dibuang di rumah sewa terbiar dekat Tongkang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd