• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Marahkan Bini, Pondok Dibakar…

oleh AK-47
12/07/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Marahkan Bini, Pondok Dibakar…
Share on FacebookShare on Twitter

Sungai Petani : Marahkan isteri, pondok dibakar. Itu yang berlaku apabila seorang lelaki yang berang kerana isterinya keluar rumah selepas berlaku perselisihan faham.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dia mengamuk sebelum membakar pondok di belakang kedai makan milik mereka di Taman Seri Astana, dekat sini, semalam.

Pada kejadian 10.20 pagi itu, lelaki berusia 54 tahun terbabit yang hilang sabar turut membawa sebilah parang pada mulanya mengamuk di hadapan kedai makan terbabit.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kemudian pergi ke belakang kedai dan membakar pondok yang menjadi tempat orang ramai berehat di situ selain turut memecahkan cermin belakang kenderaan milik seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah rumah tangga dengan isteri sebelum wanita terbabit keluar rumah.

“Suspek mencari isterinya di kawasan rumah mereka namun wanita berkenaan gagal ditemukan dan dia yang berang membawa parang sebelum membakar pondok belakang kedai makan, selain turut memecahkan cermin kenderaan milik seorang lelaki.

“Melihatkan keadaan yang tidak terkawal, orang awam kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian terbabit sebelum suspek berjaya ditahan di rumahnya,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki 12 rekod lampau, masing-masing lapan bersabit kes jenayah dan selebihnya dadah.

“Suspek tidak bekerja dan kita akan melakukan ujian saringan air kencing terhadapnya. selain turut menyiasat motif dia mengamuk dengan membakar dan merosakkan cermin kenderaan penduduk.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 435, Seksyen 427 KK dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: bakarmengamuk
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

Lelaki Mengamuk, Bakar Kereta Bekas Teman Wanita Didakwa Esok

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Lelaki yang ditahan susulan kejadian amuk di Bandar Teknologi Kajang, dekat sini, Jumaat lalu dijangka berdepan pertuduhan di...

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

Wanita Mengamuk Ditegur Pengawal Keselamatan

07/08/2023
0

KLANG – Gara-gara ditegur agar tidak meninggalkan anaknya dalam pasar raya membuatkan seorang wanita dipercayai kurang siuman mengamuk kepada pengawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd