• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengeluaran Minyak Masak Peket Akan Dirombak: Annuar

oleh AK-47
11/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengeluaran Minyak Masak Peket Akan Dirombak: Annuar
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Sistem pengeluaran minyak masak peket bersubsidi akan dirombak sepenuhnya jika aktiviti penyeludupan barangan itu ke negara jiran terus berlaku.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, rombakan itu merupakan salah satu usaha sedang dipertimbangkan pihaknya selepas melihat kerajaan membelanjakan RM4 bilion untuk menampung kos subsidi bahan mentah tersebut.

“Menjadi kerugian kerajaan jika rakyat tidak dapat menikmati subsidi bahan mentah itu disebabkan oleh penyelewengan,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Korban Perdana Peringkat Parlimen Ketereh di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK), pada Isnin.

Menurutnya, walaupun langkah itu akan menjejaskan peluang perniagaan bagi sesetengah orang namun kerajaan tidak boleh berkompromi dengan mengetepikan nasib rakyat.

Beliau berkata, jawatankuasa tersebut mempunyai bukti kukuh berkaitan ketirisan tersebut.

Annuar yang merupaka Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) berkata, semua pekan di sempadan Thailand dilaporkan mempunyai stok bekalan minyak subsidi walaupun dijual pada harga RM7 hingga RM8 dan tidak pernah putus.

“Kebanyakan bahan mentah itu masih berbungkus elok di dalam kotak dan dijual tanpa kawalan.

“Ia bukan penyeludup yang kecil. Kalau datang dalam kotak yang belum buka, ia datang terus dari kilang. Kita sudah membuat penyiasatan dan mendapati ada penglibatan pihak tertentu,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Ketereh itu, pada masa ini pihaknya tidak boleh mendedahkan perkara tersebut kerana dibimbangi akan menggangu siasatan.

“Pihak kami akan duduk dengan kesemua 22 pengilang besar minyak masak secara pukal untuk menyampaikan sendiri mesej yang tegas supaya mengikut peraturan ditetapkan oleh kerajaan.

“Jika gagal kami akan mengambil tindakan dengan melakukan rombakan dalam sistem pengeluaran minyak masak peket bersubsidi,” katanya.

-Sinar Harian

Tags: Dirombakminyak masak peketpengeluaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

Minyak Masak Peket Cukup Menjelang Aidilfitri

Minyak Masak Peket Cukup Menjelang Aidilfitri

07/04/2023
0

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan yang semua barang kawalan termasuk minyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd