• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Sambut Baik Tawaran Turkiye Bangunkan Vaksin Turkovac

oleh Mohd Arshad
08/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PM Sambut Baik Tawaran Turkiye Bangunkan Vaksin Turkovac
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyambut baik tawaran Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan untuk bekerjasama dalam pembangunan vaksin Covid-19 keluaran negara itu iaitu Turkovac.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ismail Sabri berkata, beliau akan meminta Kementerian Kesihatan untuk meneliti tawaran itu selaras dengan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara yang telah dilancarkan pada tahun lalu.

“Dalam pada itu, Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Aktuel Expo Healthcare International Fair Company.

“Kerajaan juga terus memperkasa negara sebagai destinasi pelancongan kesihatan bertaraf dunia menerusi kepakaran Malaysia dalam kesuburan in-vitro (IVF), kardiologi, onkologi, pergigian, pembedahan plastik selain beberapa bidang lain dan Turkiye merupakan antara pasaran utama kita,” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Ismail Sabri berkata, Turkiye juga memberi komitmen untuk menambah lebih banyak peluang tajaan atau biasiswa kepada pelajar Malaysia bagi melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di negara itu.

“Pada masa sama, kerajaan menerusi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengiktiraf ijazah daripada 208 universiti di Turkiye dan perkara itu disambut baik oleh Erdogan.

“Saya turut memberi keutamaan terhadap kerjasama Malaysia-Turkiye dalam bidang pendidikan, malah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) telah menandatangani MoU bersama beberapa universiti di Turkiye,” jelasnya.

Katanya, pada masa ini, seramai 57 individu daripada 284 pelajar Malaysia telah menerima biasiswa daripada Turkiye.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata, beliau berpuas hati dengan hasil lawatan ke Turkiye dan percaya kerjasama kedua-dua negara bakal membuka lembaran dimensi baru atas dasar dan pendekatan menang-menang.

“Sebagai dua buah negara Islam bersaudara yang progresif, saya yakin hubungan erat antara dua negara ini mempunyai prospek yang sangat memberangsangkan,” ujarnya.

Kosmo-

Tags: Ismail Sabri YaakobTurkiyeVaksin Turkovac
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

Raja Permaisuri Agong Sempurnakan Pelancaran Kapal KD Tunku Laksamana Abdul Jalil

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong Raja, Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Upacara Penamaan dan Pelancaran Kapal KD Tunku...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd