• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganalisis Ramal OPR Boleh Cecah 3 Peratus Tahun Depan

oleh AK-47
07/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penganalisis Ramal OPR Boleh Cecah 3 Peratus Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Penganalisis percaya Bank Negara Malaysia (BNM) akan menormalkan lagi kadar dasarnya pada masa hadapan dan secara berperingkat menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus menjelang tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majoriti daripada mereka juga berpendapat kenaikan kadar akan berterusan untuk baki tahun ini di tengah-tengah peningkatan inflasi dan BNM akan meneruskan lagi pengetatan dasarnya pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang.

Dalam satu nota penyelidikan, Kenanga Investment Bank Bhd berkata kenaikan kadar selanjutnya dijangka sebahagian besarnya disebabkan oleh tekanan menaik terhadap inflasi berikutan peningkatan harga makanan dan pemulihan yang berterusan dalam permintaan domestik seperti yang ditunjukkan oleh penunjuk frekuensi tinggi terkini seperti kadar pengangguran, jualan runcit dan import.

Ini juga selari dengan kitaran pengetatan dasar monetari bank pusat global terutamanya untuk memerangi kenaikan inflasi, katanya.

“Namun begitu, tidak mungkin BNM akan memulakan kitaran pengetatan yang agresif seperti kenaikan 50 mata asas (bps) melainkan kadar inflasi melebihi julat sasarannya didorong oleh permintaan domestik yang lebih kukuh daripada jangkaan.

“Begitu juga kami mengekalkan unjuran kami yang BNM akan menaikkan OPR secara beransur-ansur sebanyak 25 mata asas setiap satu dalam mesyuarat MPC September dan November, dengan kenaikan terakhir pada suku pertama 2023. Oleh itu, kadar dasar dijangka berakhir pada 2.75 peratus menjelang akhir tahun ini dan 3.00 peratus untuk 2023,” katanya.

Sementara itu, CGS-CIMB Securities Sdn Bhd berkata BNM dijangka memantau perkembangan ekonomi pada masa hadapan, terutamanya jika pertumbuhan permintaan domestik kukuh dan tidak terkawal di tengah-tengah subsidi yang besar.

“Dilihat pada keadaan itu, kenaikan kadar ketiga tahun ini mungkin akan berlaku. Tahun depan, kami mengunjurkan 50 mata asas lagi dalam kenaikan kadar, menjadikan OPR akhir 2023 ialah pada 3.00 peratus,” katanya.

AmBank Research pula menjangkakan BNM mengambil pendirian yang lebih agresif dalam usaha meredakan inflasi dan membantu menyokong nilai ringgit bukan sahaja berbanding dolar AS tetapi juga pada kadar silang.

“Kami berpendapat kenaikan 50 mata asas sekali gus tidak mungkin. Kami berpandangan bahawa OPR akan berakhir antara 2.50 peratus-2.75 peratus pada 2022, mencadangkan satu hingga dua lagi kenaikan kadar, dengan dua lagi kenaikan pada 2023 kepada 3.00 peratus-3.25 peratus,” tambah firma penyelidikan itu.

-Malaysia Kini

Tags: OPRPenganalisisRamalan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

BNM Kekalkan OPR Pada 3.0 Peratus

05/09/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd