• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Punca Air Sungai Chandong Bertukar Merah

oleh Mohd Arshad
06/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ini Punca Air Sungai Chandong Bertukar Merah
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM: Sebanyak 100 tong Intermediate Bulk Container (IBC) berisi pelbagai buangan seperti buangan cat, buangan dakwat, asid terpakai dan minyak hitam terpakai ditemui dalam sebuah premis di Pelabuhan Klang menerusi satu serbuan semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kesemua bahan buangan yang disyaki mencemarkan Sungai Chandong di Pulau Indah pada minggu lalu itu ditemui Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menerusi satu operasi serbuan yang diadakan semalam.

Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar berkata, dalam operasi yang bermula jam 6.30 petang hingga 10 malam itu, sebuah lori tangki turut ditemui dalam premis yang dipercayai dijadikan pusat pengumpulan buangan terjadual tanpa kebenaran.

Katanya, operasi yang turut disertai oleh anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) itu turut menemui kesan buangan pigmen berwarna merah pada penutup bahagian lori tangki berkenaan.

“Beberapa sampel buangan juga diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bagi analisis kimia komposisi buangan.

“Siasatan atas kesalahan mengikut Seksyen 34B, 34A, Seksyen 18 dan Sekysen 19 Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 kini tertumpu kepada pemilik premis dan pengendali haram yang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Nor Aziah berkata sejak kejadian pencemaran yang dilaporkan pada 29 Jun lalu, sebanyak 14 premis sekitar Klang dan Shah Alam digempur pegawai JAS namun tidak menemui kegiatan yang mencurigakan.

Katanya, penemuan dalam operasi itu hampir menyelesaikan misteri pencemaran air merah di Sungai Chandong, di sini.

“Saya berterima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam sekitar.

“Pihak JAS memandang serius dan sentiasa mengambil tindakan tegas serta tiada kompromi terhadap penjenayah alam sekitar.

“Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800- 88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan air Sungai Chandong bertukar merah dipercayai tercemar angkara perbuatan tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, air sungai berkenaan kembali normal susulan air pasang yang berlaku pada hari yang sama (29 Jun).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian dalam kenyataan pada 30 Jun lalu memaklumkan kejadian disyaki daripada aktiviti pembuangan efluen di kawasan perindustrian Pulau Indah.

BHonline-

Tags: JASSungai Chandongtercemar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

22/06/2024
0

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan...

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

25 Sungai Di Malaysia Tercemar Kelas 3 Dan 4

06/06/2024
0

PUTRAJAYA: Sebanyak 25 daripada 672 sungai di negara ini berada dalam kategori tercemar, kata Datuk Seri Fadillah Yusof. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd