• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buka Kertas Siasatan Kanak-Kanak Tercampak Dari Kereta

oleh AK-47
02/07/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Buka Kertas Siasatan Kanak-Kanak Tercampak Dari Kereta
Share on FacebookShare on Twitter

RAWANG – Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari kenderaan yang sedang bergerak seperti tular di media sosial pada Jumaat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

“Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Pada Jumaat, tular satu video di media sosial memaparkan seorang kanak-kanak dipercayai perempuan tercampak dari sebuah kereta jenis Perodua Myvi sewaktu kenderaan itu sedang membuat pusingan U.

Mengulas lanjut, Zainal Mohamed berkata, kejadian dikenal pasti berlaku di Jalan Tasik Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang.

“Dalam kejadian tersebut, kereta yang dinaiki oleh mangsa telah membuat pusingan U di simpang lampu isyarat, kawasan Green Valley, Jalan Tasik Puteri Rawang hingga mengakibatkan mangsa tercampak keluar dari kenderaan yang dinaiki.

“Seorang lelaki telah membantu mengangkat mangsa yang tertiarap di atas jalan dan kemudian diserahkan kepada seorang wanita perempuan dipercayai ibu mangsa,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau melihat kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nik Nor Aqeela Nik Abdullah di talian 03-61262222 bagi membantu siasatan.

-Sinar Harian

Tags: kanak-kanakKertas Siasatanpolistercampak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd