• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

LPP Import 4,536 Tan Ayam Dari Thailand

oleh Mohd Arshad
29/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
LPP Import 4,536 Tan Ayam Dari Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG:Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) menjangka dapat menampung 20 peratus pasaran ayam di negara ini menerusi pengimportan 4,536 tan sumber protein itu dari Thailand secara berperingkat sehingga hujung bulan depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah LPP, Datuk Azulita Salim, berkata jumlah import itu juga akan menjadi stok pengimbal dalam mengimbangi sebarang ketentuan atau kenaikan harga sekiranya bekalan berkurangan.

“Di peringkat awal, kapasiti 4,536 tan ayam ini dapat menampung 20 peratus ketidakcukupan bekalan ayam di pasaran, namun setakat ini tiada kekurangan bekalan ayam dilaporkan.

“Cuma kita mahu bersedia dan fungsi imbal ini untuk memastikan jika berlaku kekurangan, kita ada stok dan pada masa sama, kita mampu mengimbangi dari segi harga,” katanya selepas melawat kilang pemprosesan ayam Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) di sini, hari ini.

Azulita berkata, pada peringkat awal, sebanyak enam kontena dengan setiap satunya berisi 20 hingga 21 tan ayam bulat diimport dari pengeluar ayam di Thailand oleh PPNS dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Beliau berkata, semua ayam itu sudah disahkan kualitinya oleh Jabatan Veterinar Malaysia (DVS) dan diakui persijilan halalnya.

“Selain PPNS, PPN Johor juga akan mengimport ayam sebanyak tiga kontena dan PPN Perak sebanyak lima kontena dalam masa terdekat.

“Seekor ayam diimport ini mempunyai berat antara 1.7 hingga dua kilogram (kg) yang memenuhi kehendak berat pasaran ayam tempatan pada kadar 1.8kg,” katanya.

Mengulas lanjut, Azulita berkata, pengimportan ayam dari Thailand berikutan akses yang mudah terutama laluan darat berbanding China dan Brazil.

Sementara itu, ditanya tahap pengeluaran ayam LPP sendiri bagi mengurangkan kebergantungan import, beliau berkata, pengeluaran ternakan ayam pihaknya ketika ini adalah 1.8 hingga dua juta tan.

“LPP ada pusat menternak dan pusat proses sendiri, cuma kita tiada kapasiti yang besar untuk menampung keperluan harian rakyat Malaysia,” katanya.

BHonline-

Tags: ayamLPPThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd