• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FGV Lantik Perunding Bebas Kaji Imbuhan Pengarah

oleh AK-47
28/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
FGV Lantik Perunding Bebas Kaji Imbuhan Pengarah
Share on FacebookShare on Twitter

FGV Holdings Bhd telah melantik perunding bebas untuk menjalankan kajian dan penanda aras membabitkan imbuhan pengarah bukan eksekutif.

Ikuti Mynewshub: Telegram

FGV dalam satu kenyataan berkata pengerusi bukan eksekutif Dzulkifli Abd Wahab pada masa ini menerima wang tunai, yuran pengarah sebanyak RM300,000 setahun atau RM25,000 sebulan dan elaun kereta berjumlah RM180,000 setahun atau RM15,000 sebulan.

“Lembaga pengarah FGV telah dinasihatkan oleh perunding bebas bahawa elaun kereta yang diberikan kepada pengerusi bukan eksekutif akan digantikan dengan kereta syarikat kerana ia tidak mencerminkan norma pasaran dan sektor memandangkan syarikat itu secara amnya tidak mengewangkan penyediaan manfaat kereta syarikat dalam bentuk elaun.

“Berdasarkan nasihat tersebut, lembaga FGV mencadangkan untuk menyediakan kereta syarikat kepada pengerusi bukan eksekutif dan mengekalkan jumlah tunai yang diberikan kepadanya sebelum ini dengan menukar elaun kereta sebanyak RM180,000 kepada yuran lembaga pengarah.

“Oleh itu, FGV menjelaskan bahawa tiada peningkatan dalam jumlah tunai yang diterima oleh pengerusi bukan eksekutif,” katanya.

Kumpulan itu juga menjelaskan Dzulkifli berhasrat menggunakan kereta sedia ada milik anak syarikat untuk menjadi kereta syarikat dengan perbelanjaan tahunan tidak melebihi RM180,000 seperti yang diluluskan semasa mesyuarat agung tahunan (AGM).

Menurut FGV lagi, pemegang sahamnya telah meluluskan resolusi untuk menaikkan yuran pengarah bagi pengerusi dan pengarah bukan eksekutif antara 25 peratus serta 60 peratus pada AGMnya, Khamis lepas.

Yuran pengerusi bukan eksekutif dikurangkan daripada RM600,000 kepada RM300,000 pada 2019 bersama-sama dengan beberapa pemansuhan serta pengurangan manfaat tertentu.

“Lembaga FGV juga ingin menekankan bahawa Dzulkifli telah bersetuju untuk mengecualikan yurannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kelestarian Lembaga sehingga AGM seterusnya pada 2023 iaitu sebanyak RM40,000 setahun dan elaun mesyuarat RM2,000 setiap mesyuarat.

“Pada 2021, Dzulkifli tidak menggunakan haknya bagi faedah yang berkaitan dengan elaun hiburan, keahlian kelab dan pengawal peribadi,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: FGVImbuhan PengarahkajiPerunding Bebas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukit Aman Kaji Langkah Tambahan Lindung Keselamatan Anggota Semasa Guna Kenderaan Pasukan

Bukit Aman Kaji Langkah Tambahan Lindung Keselamatan Anggota Semasa Guna Kenderaan Pasukan

14/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman dalam proses mengenal pasti langkah tambahan bagi menjamin keselamatan anggota polis semasa mobilisasi untuk tugasan atau...

DBKL Kaji Cadangan KLFA Berkaitan Stadium KL

DBKL Kaji Cadangan KLFA Berkaitan Stadium KL

07/07/2022
0

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengkaji semula rasional pemberian hak pengurusan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd