• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Ismail Dedah Punca Ikat De Paula, Liridon

oleh Mohd Arshad
28/06/2022
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Tunku Ismail Dedah Punca Ikat De Paula, Liridon
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendedahkan mengapa kelab itu mengikat Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi sedangkan tidak menggunakan sepenuhnya dua pemain naturalisasi itu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tunku Ismail yang juga Pemangku Raja Johor menjelaskan tindakan itu dilakukan bagi mengelak pencabar mereka dalam Liga Malaysia (Liga M) tidak memiliki lebihan pemain import.

Bagaimanapun, Tunku Ismail menyifatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melakukan kesilapan apabila memberi taraf naturalisasi kepada De Paula dan Liridon kerana usia mereka yang sudah meningkat.

“Saya ambil dia (De Paula) dekat sini sebab saya tak nak orang lain ada lebih pemain asing, lepas itu saya suruhlah dia duduk diam-diam.

“Sama macam Liridon, itu adalah silap FAM untuk membawa mereka menjadi sebahagian dalam projek jangka pendek, kerana umur mereka sudah begitu meningkat.

“Kalau betul-betul nak pemain berkualiti yang boleh beri sumbangan kepada negara, dia mesti pemain yang lebih muda dan awak boleh pakai lebih lama, macam mana Jepun buat dahulu.

“Untuk ada pemain berumur macam De Paula dan Liridon adalah kesilapan, tetapi JDT terpaksa rekrut cepat-cepat sebab takut orang lain ada tambahan pemain import, saya jujur,” katanya.

Tunku Ismail berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama penyokong JDT di bilik sidang media Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.

De Paula dan Liridon menjadi antara pemain sering menjadi bahan kritikan dan kecaman penyokong setiap kali dipanggil menyarung jersi Harimau Malaya.

-Berita Harian

Tags: bola sepakDe PaulaJDTLiridonTMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

JDT Memenangi Lapan Kategori Liga M Awards 2025-26

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungguli lapan kategori Liga M Awards 2025-26 yang berlangsung malam...

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd