• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

oleh Mohd Arshad
27/06/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendakwa Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berpuas hati dengan kedudukan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Sabri sebagai Perdana Menteri kerana beliau tidak diberi ruang menggalas jawatan itu.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Berikutan itu, Tajuddin menyifatkan Ahmad Zahid bukan berjuang untuk kepentingan UMNO, sebaliknya kembalinya menjadi Presiden parti setelah berehat selama enam bulan pada tahun 2019, adalah bertujuan membolehkan beliau kembali berkuasa.

Jelas Ahli Parlimen Pasir Salak itu, hal itu dapat dibuktikan menerusi keputusan MKT selama ini yang didakwanya bukan kehendak 52 ahli badan tertinggi parti itu, sebaliknya hanya berlandaskan kehendak Ahmad Zahid.

“Saya saksi hidup mengesahkan memang ada tandatangan surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen UMNO yang ‘dipaksa’ Zahid untuk menyokong Anwar (Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai Perdana Menteri.

“Mula-mula saya tidak mahu, bila sudah sampai saat hendak masam muka dengan saya, saya tandatangan juga. Lebih menyedihkan, bila di luar mesyuarat (MKT), Ahmad Zahid berkata ‘No Anwar, No DAP’. Itu satu pembohongan kepada ahli UMNO.

“Ya, jajaran baharu UMNO-PH memang Zahid ada usahakan, Di sebuah hotel di Kampung Baru (Kuala Lumpur), di situlah ahli-ahli Parlimen tandatangan termasuk Bossku (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Nazri Aziz (Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz).

“Hakikat sebenar beliau tidak puas hati sebab beliau tidak dapat jawatan PM bila UMNO kembali berkuasa sebagai kerajaan. Zahid bukan berjuang untuk parti, tetapi mahu kembali berkuasa sebagai Presiden UMNO,” katanya pada sidang media di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Tajuddin yang baru dilantik sebagai Duta Khas Malaysia ke Indonesia menyarankan Ahmad Zahid agar berundur daripada jawatan Presiden UMNO secara sukarela.

Jelasnya, beliau mahu cadangkan Ahli Parlimen Bagan Datuk itu agar menumpukan dahulu kepada urusan kes mahkamah yang banyak dihadapinya ketika ini.

“Oleh kerana kepimpinan UMNO cadang saya ditukar supaya tumpu jawatan Duta Besar, saya pula hendak cadangkan Ahmad Zahid tumpu kes mahkamahnya yang banyak dahulu. Tidak payah beliau hendak pening kepala uruskan parti UMNO yang besar.

“Jangan kerana kes mahkamahnya, akhirnya beliau menjadi liabiliti dan membebankan UMNO,” tegasnya lagi.

SinarHarian-

Tags: Ahmad Zahid HamidiTajuddin Abdul RahmanUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd