• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Abdullah Sokong Penubuhan NATO Asia Barat

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Raja Abdullah Sokong Penubuhan NATO Asia Barat
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pemerintah Jordan, Raja Abdullah II menyatakan sokongan berhubung idea penubuhan pakatan ketenteraan Asia Barat berdasarkan model Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor akhbar Arab News kelmarin,

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Bercakap kepada wartawan saluran CNBC, Hadley Gamble, baginda berkata, pakatan tersebut boleh berhasil dengan penyertaan negara-negara seha­luan tetapi misinya perlu jelas dari awal lagi.

“Saya mahu melihat lebih banyak negara di kawasan ini (Asia Barat) menyertai pakatan tersebut. Saya akan menjadi antara yang pertama menyokong NATO Asia Barat.

“Misi pakatan tersebut perlu amat jelas,” katanya.

Menurut Raja Abdullah , ba­ginda melihat negaranya sebagai ‘rakan kongsi’ NATO. Ini kerana Jordan pernah bekerjasama dengan pakatan berkenaan dan tenteranya turut berganding bahu dengan pasukan NATO pada masa lalu.

Selain kerjasama di bidang keselamatan dan ketenteraan, pakatan sedemikian boleh membantu menangani cabaran berpunca daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, terutamanya berkaitan harga tenaga dan komoditi.

“Kita semua boleh membantu antara satu sama lain. Saya fikir ia sangat luar biasa untuk rantau ini,” jelasnya.

Raja Abdullah juga membincangkan ancaman Iran terhadap keselamatan Asia Barat dan krisis Israel-Palestin yang berpotensi mengganggu pelan pembangunan rantau itu.

“Jika mereka (Israel dan Pa­lestin) tidak bercakap antara satu sama lain, itu mewujudkan rasa tidak selamat dan ketidakstabilan di rantau ini yang akan menjejaskan projek serantau.

“Tiada siapa yang mahukan perang, tiada siapa mahu konflik,” kata baginda.

-Kosmo Online

Tags: NATONATO Asia BaratPenubuhanRaja Abdullah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan Khas Mula Gerakkan Agenda Penubuhan Hospital MARA

Pasukan Khas Mula Gerakkan Agenda Penubuhan Hospital MARA

24/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mula menggerakkan pasukan khas bagi merealisasikan agenda penubuhan Hospital MARA sebagai sebahagian usaha...

Rusia Beri Amaran: Perang Dengan NATO Jika Pesawat Mereka Ditembak Jatuh

Rusia Beri Amaran: Perang Dengan NATO Jika Pesawat Mereka Ditembak Jatuh

26/09/2025
0

Rusia Beri Amaran: Perang Dengan NATO Jika Pesawat Mereka Ditembak Jatuh MOSCOW, 25 Sept : Rusia memberi amaran keras bahawa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd