• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Empat Tahun Masih Guna Alat Bantuan Pernafasan

oleh AK-47
26/06/2022
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kanak-Kanak Empat Tahun Masih Guna Alat Bantuan Pernafasan
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang sebelum ini kritikal akibat kandungan methamphetamine dalam badan masih menggunakan alat bantuan pernafasan.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kanak-kanak berkenaan sudah menunjukkan maklum balas yang baik.

“Mangsa menunjukkan maklum balas yang baik, namun masih menggunakan alat bantuan pernafasan. Hari ini kita masih sambung reman suspek yang juga saudara kepada mangsa selama lima hari.

“Siasatan akan dijalankan secara menyeluruh kerana kita mahu lihat kajian oleh pihak psikilogi kanak-kanak selain memanggil Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) untuk membuat siasatan.

“Kanak-kanak itu tidak dapat bercakap dengan baik, mungkin kita akan dapat sesuatu daripada mangsa kerana kita mahu memastikan bagaimana mangsa terambil dadah,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, siasatan terhadap suspek dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952.

Media sebelum ini melaporkan mangsa kritikal akibat terdapat kandungan dadah dalam badan dan sedang menerima rawatan di hospital.

Mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) pada 5 pagi Ahad lalu oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis.

Pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.

-Harian Metro

Tags: alat bantuan pernafasandadahkanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

Video Tular Nga Kor Ming Dakwa Banyak Kes AIDS, Rogol, Dadah Di Kelantan

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu rakaman video ucapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming didakwa mengkritik kerajaan PAS...

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd