• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Siling Ayam Baharu Tidak Sampai RM15 Sekilogram

oleh Mohd Arshad
26/06/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Harga Siling Ayam Baharu Tidak Sampai RM15 Sekilogram
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU : Kerajaan memberi jaminan harga siling ayam segar baharu yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Julai ini tidak akan mencapai RM15 sekilogram.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, penepatan harga siling baharu itu dibuat berdasarkan prinsip ‘menang-menang’ bagi pihak pengguna dan pemain industri ayam.

Beliau berkata, harga ayam yang dicadangkan oleh pemain industri sekiranya sistem pengapungan dilaksanakan antara RM11 hingga RM15 sekilogram.

“Begitupun, berdasarkan konsep penawaran dan permintaan, kalau jual mahal sangat, barang (ayam) itu mungkin tidak laku.

“Sehubungan itu, saya boleh beri jaminan harga (siling baharu) ayam tidak akan sampai RM15 sekilogram,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Imam dan Bilal Masjid-Masjid Mukim Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Rosol berkata, berdasarkan advokasi dengan pemain industri baru-baru ini, harga siling baharu ayam diramal berada di bawah RM11 sekilogram.

Beliau berkata, kenaikan harga siling baharu itu tidak dapat dielakkan berbanding harga siling lama, RM8.90 sekilogram berikutan pemain industri tidak mampu lagi menanggung kos dedak, pengangkutan dan tukaran wang asing.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, kerajaan memutuskan untuk menarik balik cadangan mengapungkan harga ayam sebelum ini setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak.

“Jadi, setelah dibincang secara insentif bersama menteri-menteri, ahli akademik dan masyarakat, maka, kerajaan mencadangkan diadakan balik harga siling ayam,” katanya.

Akhbar pada 19 Jun lalu melaporkan peniaga ayam menjangkakan harga ayam boleh melonjak sehingga RM15 sekilogram selepas 1 Julai ini berikutan penamatan subsidi penternakan oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat lalu memutuskan tidak melaksanakan cadangan mengapung harga ayam sebaliknya meneruskan sistem harga siling.

-Utusan Online

Tags: ayamharga ayamHarga Siling Ayam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inflasi Meningkat Kepada 1.7 Peratus, Harga Purata Ayam Standard RM9.33 Sekilogram

Inflasi Meningkat Kepada 1.7 Peratus, Harga Purata Ayam Standard RM9.33 Sekilogram

21/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laporan Indeks Harga Pengguna bagi Mac 2026 menunjukkan inflasi meningkat kepada 1.7 peratus berbanding 1.4 peratus pada...

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

Sekurang-kurangnya Rakyat Mesti Ada Nasi, Ayam, Telur, Sayuran

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Komitmen kerajaan untuk memastikan rakyat sekurang-kurangnya mesti ada nasi dan protein seperti ayam dan telur serta sayuran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd