• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Termasuk Bayi Maut Kemalangan

oleh Ahmad Albab
22/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Dua termasuk seorang bayi maut selepas kereta pacuan empat roda yang dinaiki mereka bersama enam lagi penumpang, bertembung dengan Perodua Alza di KM47 Jalan Kunak-Semporna dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, dalam‎ kejadian pada kira-kira 4.30 petang itu, Witri Baktiar, 17, meninggal dunia di tempat kejadian manakala bayi perempuan, Fatiha Aziah berusia lapan bulan, disahkan meninggal dunia di Hospital Kunak.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas Perodua Alza yang datang dari arah Semporna menuju ke Kunak memasuki lorong kanan lalu melanggar bahagian tepi kanan pacuan empat roda berkenaan, yang datang dari arah bertentangan.

“Selepas pelanggaran itu, kenderaan pacuan empat roda berkenaan terbabas sebelum terbalik menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak keluar dari kenderaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari.

Menurut beliau, dua lagi penumpang pacuan empat roda berkenaan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kunak.

Bagaimanapun, katanya kedua-dua pemandu dan tiga lagi penumpang kereta pacuan empat roda itu hanya cedera ringan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=0OZPuf84fAU

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd