• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RMK11: Sektor Pembinaan, Perkhidmatan, Pembuatan Bakal Tingkat Pertumbuhan

oleh Ahmad Albab
21/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan sektor pembinaan, perkhidmatan dan pembuatan dijangka meningkat dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) memacu Malaysia ke arah negara maju pada tahun 2020.

Sektor pembinaan menjadi semakin penting berikutan peningkatan permintaan terhadap infrastruktur moden dan cekap, selari dengan matlamat negara maju, kata Unit Perancang Ekonomi (UPE) Jabatan Perdana Menteri dalam Dokumen RMK11.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan rancangan lima tahun tersebut (2016-2020) di Dewan Rakyat, Khamis.

Menurut dokumen itu, dalam tempoh RMK11, sektor pembinaan diunjur berkembang pada kadar 10.3 peratus setahun dan menyumbang RM327 bilion atau 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2020.

Dalam tempoh RMK10, sektor pembinaan mencatat kadar pertumbuhan tahunan purata 11.1 peratus, disokong oleh kejuruteraan awam yang berkembang pada kadar 9.3 peratus setahun.

Ia diikuti subsektor kediaman dan bukan kediaman, masing-masing pada kadar purata 16.5 peratus dan 9.1 peratus.

Menurut dokumen itu, kerajaan akan memperkenalkan Program Transformasi Industri Pembinaan 2016-2020 memesatkan pembangunan industri bagi memenuhi permintaan pasaran.

Dalam tempoh RMK11, usaha mentransformasi sektor pembinaan berdasarkan empat strategi, termasuk memacu produktiviti melalui peningkatan penggunaan teknologi dan pemodenan kaedah pembinaan.

Antara tahun 2016 dan 2020, pembangunan sektor perkhidmatan akan berpandukan kepada Blueprint Sektor Perkhidmatan bermatlamat meningkatkan potensi dan mentranformasikan sektor ini kepada sektor berintensif pengetahuan dan inovasi.

Sektor ini dijangka berkembang pada kadar 6.9 peratus setahun dan pada tahun 2020, sektor ini menyumbang 56.5 peratus kepada KDNK dan menggaji 9.6 juta pekerja.

Bagi mencapai sasaran ini, lima strategi akan dilaksanakan termasuk memantapkan tadbir urus secara komprehensif dan bersepadu melalui pengukuhan kerjasama dan penyelarasan dalam kalangan pihak berkepentingan serta memodenkan kawal selia.

Menurut dokumen itu, sektor pembuatan akan beralih kepada pengeluaran produk bernilai tinggi, lebih kompleks dan pelbagai.

Proses peralihan ini dipacu oleh tiga subsektor pemangkin, iaitu kimia, elektrik dan elektronik serta mesin dan peralatan dan industri yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi seperti peranti perubatan dan aeroangkasa.

Subsektor ini mempunyai kesalinghubungan yang kuat dengan subsektor pembuatan yang lain serta berkeupayaan dan berpotensi mengeluarkan produk yang lebih kompleks dan bernilai tambah tinggi.

Sektor pembuatan dijangka berkembang pada kadar 5.1 peratus setahun dan pada tahun 2020, sektor ini dijangka menyumbang sebanyak 22.4 peratus kepada KDNK serta 18.2 peratus kepada jumlah guna tenaga.

Menurut dokumen RMK11 itu, proses peralihan ini akan disokong melalui pengukuhan aktiviti penyelidikan dan pembangunan, amalan pembuatan mampan, pematuhan kepada standard global dan peningkatan kerjasama antara pihak berkepentingan.

Lima strategi telah dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan dan memperkukuh sektor pembuatan, termasuk mengeluarkan produk yang lebih kompleks dan pelbagai dengan memperkukuh asas pengeluaran dan meningkatkan eksport produk frontier. – BERNAMA

 

Tags: Najib Tun RazakRMK11
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd