• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Kelantan Tertinggi Belum Nikmati Air Terawat

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 36.8 peratus penduduk Kelantan belum menikmati bekalan air terawat daripada sistem bekalan air awam berbanding negeri lain yang jumlahnya kurang dari 20 peratus.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata berdasarkan statistik tahun lepas, negeri kedua yang mencatat statistik tertinggi penduduk tidak mendapat bekalan air terawat ialah Sabah iaitu sebanyak 14 peratus.

Ini diikuti Sarawak (6.2 peratus), Terengganu (4 peratus), Pahang (2 peratus), Kedah (1.7 peratus), Perlis (0.5 peratus), Johor dan Selangor (0.2 peratus) serta Negeri Sembilan dan Pulau Pinang (0.1 peratus), katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Aaron Laga Dagang (BN-Kanowit) yang ingin tahu sama ada kualiti air paip sedia ada mencapai tahap membanggakan berasaskan standard antarabangsa serta peratusan penduduk yang masih belum mendapat air terawat.

Maximus berkata berdasarkan statistik tahun lepas juga, tahap liputan bekalan air awam secara purata ialah 96.2 peratus dengan liputan di bandar mencatat 96.7 peratus manakala di luar bandar sebanyak 95.6 peratus.

Beliau berkata operator air perlu memastikan kualiti air terawat yang dibekalkan melalui sistem bekalan air awam mematuhi piawaian yang ditetapkan iaitu Garis Panduan Piawaian Kualiti Air Minum Kebangsaan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan.

“Garis panduan itu ditetapkan berdasarkan standard World Health Organization (WHO),” katanya.

Maximus berkata secara umum kualiti air yang dibekalkan loji rawatan air mematuhi parameter minimum yang ditetapkan garis panduan berkenaan dengan tahap pematuhan oleh operator bagi 2014 ialah 96.46 peratus.

“Kerajaan dan semua operator air sedang meningkatkan usaha untuk menaik taraf loji dan sistem agihan secara berperingkat dan mengikut keutamaan supaya kualiti air selamat dapat digunakan pengguna,” katanya. – BERNAMA

Tags: air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd