• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengarah Syarikat Disamun Hampir Setengah Juta

oleh Ahmad Albab
19/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pengarah sebuah syarikat kerugian hampir setengah juta ringgit selepas disamun sekumpulan lelaki dipercayai warga Amerika Latin di hadapan sebuah gudang di Seksyen 15 di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Supt Ruslan Abdullah berkata kejadian kira-kira 3.20 petang itu berlaku ketika mangsa yang berusia 42 tahun sedang memandu Ford Ranger memasuki kawasan Seksyen 15.

“Secara tiba-tiba tiga lelaki dipercayai warga Amerika Latin yang berada dalam sebuah kereta BMW memberi isyarat kepada mangsa bahawa tayar belakang kenderaan mangsa pancit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata berikutan itu mangsa memberhentikan kenderaannya bagi memeriksa tayar kenderaan berkenaan.

“Ketika mangsa memberhentikan kenderaannya, seorang daripada suspek telah membuka pintu kenderaan mangsa sebelum melarikan beg milik mangsa yang diletakkan di tempat duduk bahagian belakang pemandu,” katanya.

Ruslan berkata sebelum kejadian, mangsa dilaporkan telah mengeluarkan wang tunai berjumlah RM449,000 dari sebuah bank di Subang Jaya.

Katanya selain wang tunai, suspek turut melarikan sebuah telefon bimbit, sebuah komputer riba dan beberapa dokumen penting dari kenderaan mangsa.

“Susulan kes ini, kita telah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti identiti sekali gus mengesan kumpulan suspek tersebut.

“Siasatan lanjut juga dibuat bagi menyiasat sama ada suspek telah mengekori mangsa ketika mangsa mengeluarkan wang tunai di Subang Jaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd