• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

11 Warga Filipina Ditahan Langgar Perintah Berkurung Esscom

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Anggota keselamatan Malaysia menahan 11 warga Filipina kerana melanggar syarat perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), awal pagi semalam, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.

Beliau berkata 11 warga Filipina itu termasuk seorang bayi diselamatkan anggota peronda keselamatan Pegawai Gerakan Am (PGA) selepas bot dinaiki mereka karam selepas melanggar bot PGA ketika cuba melarikan diri di kawasan antara laut Pulau Berhala dan Tanjung Pasir.

Seorang lagi rakan mereka ditemukan mati lemas dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Ketika bot keselamatan menghampiri bot mereka, bot itu memecut laju dan PGA bertindak mengejar dan meminta untuk berhenti tetapi tidak dipedulikan sebelum beberapa das tembakan ke udara dilepaskan sebagai amaran.

“Kemudian tiba-tiba bot mereka melanggar bot peronda menyebabkan kesemua penumpang di dalamnya tercampak keluar (dan diselamatkan) dan seorang didapati mati lemas,” katanya.

Katanya sebelum itu anggota PGA yang sedang menjalankan rondaan jarak jauh khas Tiger Platun, ternampak bot yang dinaiki mereka sedang menghala ke Sandakan dari Pulau Taganak.

Katanya polis turut merampas bot itu dan semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 31(2) Akta Polis 1967 iaitu melanggar perintah berkurung. – BERNAMA

Tags: Esscomwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

Kedai Warga Asing, Penguatkuasaan Ke Mana?

10/09/2026
0

PREMIS perniagaan termasuk kedai runcit dan makanan yang dioperasikan oleh pekerja asing sudah tidak lagi asing di negara ini. Menggunakan...

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

Tidak Semua Persatuan Peniaga Boleh Diharapkan, Jadi Ejen Pekerja Asing

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak semua persatuan penjaja dan peniaga boleh diharapkan dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd