• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Perkenal Penerbangan Terus Johor Baharu-Bangkok

oleh Ahmad Albab
17/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – AirAsia akan memulakan penerbangan terus empat kali seminggu bagi laluan Johor Baharu ke Bangkok, mulai 17 Julai depan.

Tempahan penerbangan itu akan mula dibuka esok. Ia merupakan laluan kelapan bagi syarikat tambang rendah itu ke Thailand selepas Kuala Lumpur – Phuket, Bangkok, Chiangmai, Hat Yai, Krabi, Surat Thani dan Pattaya, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, hari ini.

“Johor Baharu adalah bandar raya ketiga terbesar di Malaysia yang mempunyai permintaan tinggi dan AirAsia berazam menyediakan jaringan terbaik dari lokasi di selatan Semenanjung itu.

“Penumpang kami dari Johor tidak lagi perlu transit menerusi Kuala Lumpur atau melakukan perjalanan ke Singapura untuk ke Thailand seperti sebelumnya,” kata Ketua Komersial AirAsia Bhd, Spencer Lee.

Bersempena pelancaran laluan sulung itu, syarikat penerbangan itu menawarkan promosi tambang sehala sepenuhnya RM69 dan boleh ditempah pada 18-24 Mei ini untuk perjalanan pada 17 Julai 2015 hingga 31 Mei, 2016.

Bagi tempoh tempahan sama juga, syarikat itu turut menawarkan potongan harga 50 peratus bagi semua destinasi dalam rangkaiannya, kecuali penerbangan domestik ke Indonesia, untuk perjalanan mulai 1 Sept, 2015 hingga 31 Mac, 2016. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd