• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belia Digalak Jana Idea Kekalkan Keseimbangan Sosial – Idris

oleh Ahmad Albab
17/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Golongan belia di negeri ini digalak menjana lebih banyak idea dan kreativiti bagi mengekalkan keseimbangan sosial, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ia penting bagi mendidik belia yang cintakan keamanan di samping mewujudkan suasana yang harmoni dan ceria.

“Negara bergantung kepada belia dalam memikul tanggungjawab untuk menjana agenda nasional dan wawasan negara.

“Belia juga adalah penentu kepada kejayaan kesemua program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Peringkat Negeri Melaka di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini malam tadi.

Dalam karnival tiga hari bermula Jumaat itu, kira-kira 250 acara dirancang merangkumi pembangunan kerohanian dan modal insan, pertandingan, penyerlahan bakat dan kebolehan, sukan dan rekreasi serta pembangunan usahawan.

Idris berkata idea dan kreativiti yang bernas juga dapat mengekang persepsi masyarakat yang sentiasa mengaitkan perlakuan negatif golongan belia masa kini.

“Belia seringkali dikaitkan dengan perlakuan negatif dan tidak bermoral, malah dikaitkan juga dengan aktiviti demonstrasi jalanan, berhaluan kiri dan menentang kerajaan.

“Diharapkan momentum ini (idea dan kreativiti) dapat dikekalkan bagi mengelakkan persepsi masyarakat yang beranggapan belia ketandusan idea dan tidak memiliki inovasi,” katanya. – BERNAMA

Tags: BeliaIdris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

Pemimpin Belia Sampaikan Khutbah Jumaat Di Perak Esok

18/05/2023
0

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan khutbah Jumaat di negeri ini esok bertemakan belia sempena Hari Belia Negara...

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

Belanjawan 2023: TEKUN Sedia RM10 Juta Bantu Belia Keluarga Susah

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) menyediakan RM330 juta, termasuk RM10 juta bagi membantu belia daripada keluarga susah,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd