• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Definisi Rogol Akan Diperluas – Rohani

oleh Ahmad Albab
16/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengkaji untuk meluaskan definisi rogol agar meliputi perbuatan memasukkan sebarang objek atau sebahagian anggota tubuh selain zakar ke dalam faraj, kata Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim.

BACA - Lelaki Rogol Gadis Guna ‘Jari Berlumur Air Mani’ Dibebaskan

Beliau berkata kementerian itu telah memulakan perbincangan dengan para pegawai daripada Kementerian Kesihatan tentang cadangan membuat pindaan terhadap Kanun Keseksaan berhubung definisi rogol.

Merujuk kepada kes terbaru di Sibu, Sarawak, Rohani berkata kementerian itu menyokong agar Seksyen 375 Kanun Keseksaan dikaji semula untuk memberi perlindungan lebih menyeluruh kepada remaja perempuan yang menjadi mangsa rogol.

“Berikutan kes itu, kami akan percepatkan pelaksanaan cadangan pindaan ini untuk memastikan remaja perempuan yang menjadi mangsa dalam kes seperti itu mendapat lebih banyak perlindungan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keputusan Mahkamah Rayuan di Sibu Khamis lepas membebaskan Bunya Jalong, 60, yang mengaku merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun empat tahun lepas, mencetuskan bantahan orang ramai.

Remaja itu melahirkan seorang anak, yang DNAnya sepadan dengan DNA Bunya.

“Kementerian ini ingin merakamkan kekesalan tidak terhingga berhubung isu itu dan menggesa ibu bapa serta penjaga supaya lebih berwaspada.

“Ibu bapa dan penjaga juga dinasihati supaya menyediakan masa berkualiti mereka untuk mendampingi dan memantau anak masing-masing bagi mengelak berlakunya kejadian tidak sihat,” katanya.

Rohani berkata bagi seseorang kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual, kementerian itu akan mengambilnya untuk dijaga dan diberi perlindungan mengikut peruntukan yang terkandung dalam Akta Kanak-kanak 2001.

Katanya, Akta itu akan berkuat kuasa sekiranya pemangsa seksual adalah bapa atau penjaga atau anggota keluarganya; atau sekiranya kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa penderaan seksual dan ibu bapa atau penjaganya tidak melindungi mangsa daripada perbuatan itu.

“Tetapi, kes terbaru yang melibatkan remaja dari Sarawak ini berbeza kerana tertuduh adalah orang luar. Remaja itu mendapat perlindungan dan sokongan daripada keluarganya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: kes rogol
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

Kes Rogol Di Sekolah: KPM Tumpu Bantu Pulih Emosi Calon SPM Dan Guru

12/10/2025
0

MELAKA: Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan guru di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, di sini akan diberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd