• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPT Aceh Disaran Kolaborasi Dengan IPT Luar Negara

oleh Ahmad Albab
15/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di Aceh disaran agar memperluas kolaborasi dengan institusi pendidikan tinggi (IPT) luar negara untuk muncul antara universiti terbaik dunia.

Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin juga berkata universiti yang berhasrat berada dalam ranking terbaik dunia perlu mempunyai wawasan.

“Cabaran baru sektor pengajian tinggi di seluruh dunia ialah bagaimana untuk menjadi antara yang terbaik. Apakah sumber penting dan keputusan yang harus dibuat.

“Satu caranya adalah semua universiti swasta di Aceh harus berani melebarkan kolaborasi dengan IPT di luar negara merangkumi bidang akademik, penyelidikan dan perkongsian tenaga pakar yang menyumbang kepada kewujudan universiti di persada antarabangsa,” katanya.

Beliau menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Pendekatan Inovatif ke Arah Menjadi Universiti Bertaraf Dunia’ kepada lebih 150 peserta yang turut dihadiri para rektor universiti pada ‘Rapat Kerja dan Koordinasi Dengan Pimpinan PTS dalam Provinsi Aceh di Batam semalam.

Teks ucapan beliau dikeluarkan Unit Media UniMAP di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Yayasan Ubudiah Indonesia, Zefrizal dan Rektor Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI), Marniati M. Kes.

Menurut Kamarudin, IPTS di Aceh harus mencontohi inisiatif yang diambil oleh UUI dalam usaha menempatkan universiti itu menjadi antara universiti siber terkemuka dunia.

“Mengikut indikator yang dibangunkan bersama UniMAP dan UUI, UUI berhasil menerbitkan lebih 50 penerbitan selain menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa melalui kolaborasi empat buah negara iaitu Indonesia, Malaysia, Bangladesh dan Ireland baru-baru ini,” tambahnya.

Beliau berkata universiti ternama dunia membuktikan kejayaan boleh diraih jika mereka mampu berdepan cabaran dan persaingan dalam dunia pendidikan tinggi. – BERNAMA

Tags: UniMAPUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd