• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jom Pakat Mai Karnival Laksa Antarabangsa 2015 Di Langkawi!

oleh AK-47
14/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) akan menganjurkan Karnival Laksa Antarabangsa (LILAC) 2015 bermula pada 29 hingga 31 Mei 2015 bertempat di Laman Padi,Pulau Langkawi.

Karnival yang bakal memasuki tahun keempat penganjurannya ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Pembangunan Langkawi dalam merealisasikan hasrat Blueprint Pelancongan Langkawi untuk menjadikan Pulau Langkawi sebagai salah satu diantara sepuluh destinasi percutian pulau dan eko-pelancongan terkemuka di dunia.

Mengangkat tema “Sweet,Sour And Savoury” (Manis, Masam Dan Menyelerakan), LILAC meraikan kepelbagaian jenis laksa selain kelazatan kuih-muih tradisonal Malaysia.

LILAC merupakan satu-satunya acara gastronomi yang mengumpulkan pelbagai jenis laksa yang terdapat di Malaysia. Dengan 8 jenis laksa yang terdapat di negara kita seperti laksa nyonya, laksa Sarawak, laksam dan asam laksa, LILAC berharap agar penganjurannya kali ini dapat menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara untuk lebih mengenali makanan tradisi yang tersenarai sebagai salah satu hidangan paling digemari di dunia oleh CNN ini.

Antara aktiviti menarik yang akan berlangsung di tapak karnival termasuklah jualan dan pameran, cabutan bertuah, pertandingan memasak laksa tradisional dan inovasi resipi, persembahan teh tarik, pertandingan mewarna kanak-kanak, persembahan pentas dan banyak lagi.

10999098_1607763422797581_3019597320152232596_o

Acara karnival ini juga akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran empat personaliti televisyen dan chef selebriti iaitu Chef Farah Quinn, Chef Joe daripada Masterchef Malaysia dan Chef Sherson Lian, serta pelakon dan pelawak yang kini bergelar chef bertauliah, Farouk Hussain.

Nantikan juga kemunculan istimewa Upin dan Ipin serta Caliph Buskers, yang pasti dapat menceriakan acara yang bakal berlangsung selama tiga hari ini.

Selain itu, hadiah menarik dengan nilai keseluruhan sebanyak RM50,000 turut menanti para pengunjung. LILAC mensasarkan kunjungan sebanyak 30,000 orang, iaitu peningkatan sebanyak 7% berbanding tahun sebekumnya iaitu 28,000 orang.

LADA yakin pendapatan tahunan sektor pelancongan yang bernilai RM3.8 billion di Pulau Langkawi akan meningkat dengan penganjuran karnival laksa antarabangsa ini.-MYNEWSHUB.CC

Oleh: Ghibran Ezra

Tags: LangkawiPelancongan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd