PASANGAN yang melakukan hubungan seks di balkoni kediaman mereka yang dipercayai terletak di Bangsar South boleh dikenakan hukuman denda.
Menurut peguam, Sreekant Pillai, semua denda yang dikenakan akan jatuh di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.
Di bawah akta tersebut menerangkan sesiapa yang melakukan perbuatan ‘tidak senonoh’ dengan individu lain sama ada di tempat umum atau  tertutup boleh dikenakan penjara sehingga 2 tahun.
Perbuatan pasangan itu telah dirakam oleh penduduk lain yang tinggal bertentangan dengan unit rumah mereka dan telah viral di laman sosial media pada selasa.
Seorang lagi peguam yang tidak mahu namanya disiarkan menyatakan perbuatan pasangan itu dilakukan secara terang-terangan, jadi terdapat alasan untuk mereka dikenakan denda.
“Jika mereka lakukannya di dalam bilik, ianya akan jadi kes lain. Tapi ini di luar balkoni, tempat terbuka yang boleh dilihat orang lain, sukar untuk diperdebatkan,” katanya kepada The Star.
Pihak polis mengesahkan bahawa kes tersebut masih dalam siasatan dan mereka sedang mengumpul bukti.
Menurut polis lagi, individu yang merakam perbuatan pasangan itu juga boleh disiasat kerana memiliki bahan lucah.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=71AH5bbBRlo
Oleh: Pitt

