• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suspek Tembak Mekanik Masih Di Sabah – Polis

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Suspek yang menghilangkan diri selepas menembak seorang pembantu mekanik di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin kenderaan di Jalan Tuaran pada 6 Mei lalu dipercayai masih berada negeri ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek dipercayai sedang bersembunyi dan usaha memburunya sedang dijalankan.

“Polis percaya suspek masih berada di Sabah dan polis akan terus mencari suspek berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Dalam kejadian itu, suspek berumur 43 tahun dari di Shah Alam, Selangor melepaskan tiga das tembakan yang satu daripadanya menembusi betis kanan mangsa yang berumur 36 tahun.

Mengulas mengenai beberapa kes rompakan bersenjata di pantai timur Sabah, beliau berkata pihak polis sedang meneliti beberapa maklumat tentang suspek yang terlibat dan kaitannya dengan orang tempatan.

“Kita menerima beberapa maklumat tentang suspek yang terlibat dan usaha memburu mereka masih diteruskan,” kata Jalaluddin.

Beliau juga berkata pihaknya sedang mengkaji keberkesanan perintah berkurung yang dijalankan di enam buah daerah di pantai timur Sabah sejak tahun lalu di perairan Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Jalaluddin melancarkan penyerahan motosikal Kawasaki Ninja kepada Skuad
Polis Aman Wanita (Amanita) dan Unit Ronda Bermotor (URB) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan di sini hari ini.

Beliau berkata masing-masing 17 buah motosikal adalah untuk Balai Polis Luyang dan Tanjung Aru sementara 21 buah untuk Amanita di setiap daerah. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd