• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mariah Carey VS Nicki Minaj Punca American Idol Ditamat

oleh Ahmad Albab
15/05/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SENGKETA membabitkan dua bekas juri program nyanyian American Idol iaitu Mariah Carey dan Nicki Minaj dikatakan menjadi punca rancangan nyanyian itu ditamatkan.

Itu kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh penerbit eksklusif rancangan tersebut, Nigel Lythgoe.

[Program Nyanyian American Idol Temui Noktah Tahun Depan]

nigellythgoe1

Menurutnya, akibat daripada pertelingkahan kedua-dua ‘diva’ tersebut, peminat mula beralih arah dengan memberi tumpuan yang lebih kepada kontroversi itu lebih daripada peserta sendiri.

Malah, Nigel, 65, menyifatkan keputusan untuk menggandingkan kedua-duanya sebagai juri merupakan kesilapan terbesar yang dibuat produksi tersebut.

Memetik kenyataannya kepada Billboard, “Perbalahan dan drama yang berlaku di antara Mariah dan Nicki telah menyebabkan American Idol sampai ke penghujungnya.

nicki-minaj-mariah-carey-idol

“Mengambil mereka sebagai juri adalah kesilapan paling besar pernah dilakukan tetapi jika mereka tidak digandingkan bersama barangkali program ini berjaya seperti musim terdahulu.”

Gandingan kedua-dua penyanyi itu dibuat pada musim ke-12 pada 2013 lantas menyaksikan kedua-dua mereka bertikam lidah terhadap pemilihan peserta ketika sesi uji bakat.

Ia kemudiannya disebarkan oleh portal hiburan TMZ dan mendapat perhatian seluruh dunia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Video Pergaduhan Antara Mariah Carey & Nicki Minaj 

Tags: american idolbintang hollywoodpenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd