• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Money’ Mati Dalam Kejadian Berbalas Tembak Dengan Polis

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang lelaki yang dianggap polis penjenayah berbahaya kerana memiliki pelbagai rekod jenayah mati selepas berbalas tembak dengan pasukan keselamatan di Lorong Kubur, di sini pagi ini.

Lelaki yang digelar ‘Money’ atau nama sebenarnya K.Jevanantha, 49 mempunyai 53 rekod jenayah termasuk kes bunuh, samun dan curi kereta dan dikehendaki polis di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Johor, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim.

Beliau berkata lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah sepasukan polis bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU yang menjalankan Ops Cantas Khas/Ops Kargo pada pukul 5 pagi tadi.

“Polis mengarahkan lelaki yang menunggang motosikal Honda EX5 itu berhenti. Dia berhenti kira-kira tiga meter daripada kereta polis dan sebaik turun daripada motosikalnya lelaki terbabit melepaskan tembakan ke arah polis.

Lelaki yang berasal dari kawasan Pantai Bersih, dekat sini itu melepaskan empat das tembakan, satu daripadanya mengenai bahagian kanan kereta polis manakala tiga lagi tersasar,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata tindakan lelaki terbabit menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan dan dua das tembakan polis itu mengenai dada dan kepala lelaki terbabit.

Abdul Rahman berkata polis merampas sepucuk pistol semi auto Browning dan empat butir peluru bersama lelaki terbabit.

Beliau berkata hasil siasatan juga mendapati motosikal yang ditunggang lelaki berkenaan adalah kenderan curi yang dilapor hilang Februari lepas di Tasek Gelugor, dekat sini.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitternya pagi ini mengucapkan tahniah kepada IPD SPU atas kejayaan menembak mati penjenayah berbahaya itu.

“Syabas JSJ (Jabatan Siasatan Jenayah), SPU @PDRMsia Penang pagi tadi tumpaskan seorang penjenayah yang sangat dikehendaki di B’worth dalam insiden berbalas tembakan. Go PDRM Go,” kata Khalid dalam catatat Tweeternya. – BERNAMA

Tags: kes tembak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

Lelaki Ditembak Mati, Polis Dedah Kronologi Insiden Dan Kenapa Suspek Asal Sepang Dalam Senarai Dikehendaki

25/11/2025
0

SEPANG: Lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di tepi jalan Batu 8, Jalan Banting-Dengkil, Dengkil, di sini malam tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd