• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nama Azmin Timbul Selepas Abdul Hadi Menghadap Sultan Selangor

oleh AK-47
20/08/2014
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Nama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali telah dicalonkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai alternatif calon Menteri Besar Selangor yang baru selepas beliau menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada hari raya keempat lalu.

Perkara itu didedahkan Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan media semalam bagi mengulas isu partinya dikritik kerana didakwa membuat ‘pusingan U’ dalam kemelut Menteri Besar Selangor.

“Tok Guru Presiden PAS mempunyai hubungan agak baik dengan Istana Selangor. Pada Syawal keempat, beliau dititah menghadap Sultan.

“Hasilnya, Presiden membuat keputusan bahawa satu nama alternatif perlu dikemukakan bagi menghadapi sebarang kemungkinan melibatkan istana dan (Presiden PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Atas pertimbangan tersebut, PAS mengambil jalan tengah dengan menamakan Azmin sebagai alternatif,” katanya.

Menurut Suhaizan, partinya tidak membuat ‘pusingan U’ seperti yang dikatakan apabila menyokong Dr Wan Azizah dan menarik balik sokongan kepada Menteri Besar sedia ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Rancangan awal adalah untuk menerima Khalid sebagai Menteri Besar, berdasarkan keupayaan beliau mentadbir Selangor.

“Berita mengenai kelemahan politiknya, pada pendapat PAS, merupakan masalah dalaman parti yang boleh diselesaikan partinya sendiri,” kata Suhaizan.

kesetiaan PAS hanya kepada PKR dan DAP serta bukannya bersama Khalid dan rancangan terbaharu untuk PAS adalah menolak Khalid sebagai menteri besar.

“Jadi, PAS mengambil pendekatan terbaharu dengan menolak Khalid. Inilah yang saya maksudkan dengan kedinamikan PAS dalam membuat keputusan,” katanya. – Mynewshub.my, 20 Ogos 2014

Oleh : KUMBANG WIRA 

Tags: PASselangor
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

Doktrin Penyatuan Ummah Ibarat Candu Politik, Macam Orang Ketagih Dadah – Rafizi

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa doktrin panyatuan ummah ibarat candu untuk membuatkan orang Melayu...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd