• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barisan Pemain Malaysia Pamer Aksi Cemerlang

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berpuas hati dengan prestasi cemerlang yang ditunjukkan pemain negara pada Kejohanan Piala Sudirman, di Dongguan, China.

Beliau berkata diundi dalam Kumpulan 1D bersama juara tiga kali Korea Selatan dan India adalah sukar bagi skuad negara, tetapi semua pemain telah berusaha untuk mengatasi halangan.

“Kami diundi dalam kumpulan yang sukar dan kami selamat mengharungi cabaran.

Kejutan yang kami lakukan ke atas Korea Selatan benar-benar cemerlang sementara aksi menentang India begitu sengit seperti diramalkan.

“Kami menduduki carta teratas dalam kumpulan itu dan kami melangkah ke pusingan suku akhir. Kami amat gembira untuk mencapai prestasi itu.

“Kami akan bersikap tenang ketika cabaran menjadi semakin sukar dan sengit.

Kami akan berehat, relaks dan membuat persediaan bagi perlawanan seterusnya.

Kami cuma perlu tahu undiannya,” kata beliau.

Mengulas mengenai skuad wanita, Frost berpuas hati dengan prestasi mereka walaupun mereka tidak menyumbang sebarang mata kepada pasukan selepas dua perlawanan.

“Ini apa yang ada dan kami beraksi mengikut kemampuan kami. Saya fikir pasangan beregu wanita bertarung dengan cemerlang dan Tee Jing Yi juga beraksi cukup baik dalam perlawanan pertama menentang Saina (Nehwal).

“Pujian harus diberikan kepada pemain wanita. Ia tugas yang amat sukar tetapi mereka dapat melakukannya dengan baik,” katanya.

Skuad badminton Malaysia mengungguli Kumpulan 1D selepas memenangi perlawanan masing-masing menentang Korea Selatan dan India 3-2 untuk mara ke suku akhir.

Pasangan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dua kali menjadi penyelamat bagi pasukan negara apabila berjaya memperoleh mata kemenangan dalam kedua-dua perlawanan. – BERNAMA

Tags: Piala Sudirman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

Ahli Bersatu Hina Pemain India

04/10/2021
0

Kenyataan itu mengundang kemarahan banyak pihak termasuk MIC yang dikenali 'penjilat tegar' Bersatu.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd