• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Yang Serba Tidak Kena!

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kanan salah, kiri pun salah!. Begitulah sikap pembangkang yang tidak putus-putus mencari isu untuk memburuk-burukkan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.

Jika sebelum ini pembangkang kerap mendesak sebarang isu membabitkan agensi atau jabatan kerajaan disiasat atau diaudit oleh entiti bebas, dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Tabung haji pula mereka boleh bertukar nada.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam satu kenyataan media hari ini mempertikaikan mengapa Tabung Haji menggunakan khidmat penilai hartanah swasta dalam urusan pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX).

“1MDB dan Tabung Haji merupakan entiti kerajaan. Mengapa pandangan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tidak digunakan untuk mendapatkan penilaian,” dakwanya dalam kenyataan itu.

Mahfuz mendakwa, jabatan kerajaan akan membuat penilaian yang lebih baik sedangkan selama ini pembangkang sering mempertikaikan hasil penilaian atau siasatan oleh jabatan kerajaan sendiri dalam beberapa isu tidak telus.

Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah baru-baru ini menjelaskan keputusan Tabung Haji membeli tanah tersebut bukan tindakan ‘bail out’ 1MDB tetapi telah melalui proses penilaian wajar di semua peringkat.

Menurut Johan, dakwaan tersebut adalah tidak benar kerana keputusan pembelian tersebut adalah sejajar dengan strategi pelaburan hartanah Tabung Haji yang memberi tumpuan kepada sektor domestik.

“Pembelian hartanah pada harga RM188.5 juta adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa iaitu sebanyak RM194 juta, bersamaan dengan RM2,700 bagi satu kaki per segi dan ia telah dinilai secara terperinci oleh badan penilai bebas profesional,” kata Johan. – mynewshub.cc

Tags: Mahfuz Omarpembangkang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

Pembangkang Keluar Dewan, PMX Perlu Bertanggungjawab Bentang RCI Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Sidang Khas Dewan Rakyat mengenai Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat...

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB –  Muhyiddin

Jangan Lupa Bersatu Diwujudkan Untuk Menentang Kleptokrasi 1MDB – Muhyiddin

19/07/2026
0

SEREMBAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan asas kewujudan parti itu adalah untuk menentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd