• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

49 Kes Pencemaran Dibawa Ke Mahkamah Tahun Lalu

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NUSAJAYA – Sebanyak 49 kes pencemaran dibawa ke mahkamah tahun lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Ayub Rahmat.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 14 kes merupakan pencemaran air, pembakaran terbuka (17 kes), pencemaran udara dari kilang (1) dan pencemaran dari kenderaan yang mengeluarkan asap hitam (6).

Ayub berkata, pihaknya turut membawa 11 kes ke mahkamah atas sabitan ketidakpatuhan notis arahan, syarat arahan dan syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

“Kerajaan Johor sentiasa bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan pencemaran, tetapi pada masa sama kita perlu mengikut prosedur ditetapkan bagi memastikan kes yang dibawa ke mahkamah berpihak kepada kerajaan,” katanya bagi menjawab soalan Ali Mazat Salleh (BN-Bukit Permai) pada persidangan Dewan Undangan Negeri.

Mengenai penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Semanggar dan Sungai Johor pada 2 April lalu, beliau berkata, tindakan segera telah diambil terhadap pemilik kilang yang melakukan pencemaran sehingga memaksa penutupan LRA itu. – BERNAMA

Tags: JASpencemaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

22/06/2024
0

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan...

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

19/02/2023
0

MELAKA: Pencemaran Sungai Lereh yang berlaku semalam dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan aktiviti penternakan lembu dan kambing. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd