• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Perlu Pungutan Suara Di Sabah Dan Sarawak

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pungutan suara tidak perlu diadakan bagi menentukan bilangan penduduk Sabah dan Sarawak yang mahu kedua-dua negeri itu keluar daripada Persekutuan Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Beliau berkata penduduk Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak bekerja sebagai satu pasukan bagi membangunkan negara ini, dan adalah tidak adil untuk mengetepikan mereka yang telah membantu Sabah dan Sarawak mencapai ‘apa yang dimilikinya hari ini’.

“Saya fikar ia tidak perlu diadakan sekarang…tidak perlu pungutan suara kerana lebih banyak suara yang bercakap mengenai berada dalam Malaysia berbanding luar Malaysia.

“Itu tidak bermakna yang kita tidak perlu perjuangkan apa yang perlu kita dapat, daripada segi pembangunan untuk setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar mengenai Hak dan Isu Wanita dan Kanak-kanak di Wisma Wanita di sini, hari ini.

Turut hadir Peguam Negeri Sabah, Mariati Robert, yang juga pengerusi majlis itu.

Seminar itu dianjurkan oleh Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (Ilkap), agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, dengan kerjasama Majlis Penasihat Wanita Sabah.

Nancy ditanya sama ada perlunya satu pungutan suara dilakukan di Sabah dan Sarawak, seperti yang dibuat kerajaan United Kingdom di Scotland.

Nancy, yang juga Anggota Parlimen Batang Sadong, menegaskan rakyat Sabah dan Sarawak telah menikmati pembangunan di bawah Persekutuan Malaysia termasuk pendidikan, keselamatan dan infrastruktur, selain turut diberikan beberapa hak istimewa.

Sementara itu, beliau mengulangi bahawa Akta Hasutan 1948 diperlukan bagi memastikan keselamatan, keharmonian dan perpaduan di negara ini. – BERNAMA

Tags: Nancy Shukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

Nancy Bidas Guan Eng Gelar Rakyat Sarawak Pengemis

15/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen dari Sarawak dilihat berang dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang didakwa telah menghina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd