• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Terus Fokus Keutamaan Rakyat Di Bawah RMK11

oleh Ahmad Albab
13/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keutamaan rakyat terutama berkaitan kos sara hidup, pendidikan, keselamatan, pengangkutan awam dan infrstruktur luar bandar akan terus menjadi fokus di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang dijadual membentangkan RMK-11 pada 21 Mei, berkata fokus istimewa akan diberikan juga terhadap pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional.

“Cita-cita kita (kerajaan) yang akan ditegaskan juga dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, ialah untuk melahirkan siswazah yang serba boleh dan memenuhi keperluan industri.

“Malahan saya melihat kepada model dalam pendidikan teknikal dan vokasional di negara-negara lain termasuk Eropah yang mempunyai rekod cemerlang dalam tahun-tahun kebelakangan ini,” katanya pada sesi dialog dengan pemimpin-pemimpin perniagaan di pejabatnya di sini hari ini.

Najib berkata ‘Ekonomi Rakyat’ tidak akan sempurna tanpa sokongan sektor swasta dalam meningkatkan pendapatan, menjana peluang pekerjaan dan memudahkan kemajuan dan pembangunan kerjaya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd