• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Bas Mogok Marah Rakan Mati

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

New Delhi – Pemandu bas India semalam mogok membantah kematian rakan mereka akibat dibelasah samseng jalan raya, hujung minggu lalu, mengakibatkan ribuan pengguna terkandas.

Pemandu syarikat bas dikendalikan kerajaan memilih mogok kerja di ibu negara yang mempunyai 16 juta penduduk kerana menuntut kerajaan meningkatkan keselamatan untuk kakitangan dan ganti rugi bagi rakan sekerja mereka yang dibunuh selepas dibelasah penunggang motosikal menggunakan topi keledarnya kelmarin.

Mangsa, Ashok Kumar 42, memandu bas dari Karampura ke Bahadurgarh sebelum menggesel motosikal ditunggang lelaki dikenali sebagai Vijay dan pemboncengnya menyebabkan mereka terjatuh.

Suspek berusia 22 tahun itu terus memukul mangsa dengan topi keledar selama beberapa minit dan lari meninggalkan tempat kejadian dalam kejadian yang disaksikan penumpang bas itu.

Suspek ditahan pada malam kejadian.

Polis masih menyiasat sama ada pemadam api disimpan di dalam bas turut digunakan suspek untuk memukul mangsa.

Setiausaha Am Perbadanan Pengangkutan Delhi Tara Chand berkata, pihaknya menuntut kerajaan Delhi membayar pampasan kepada keluarga mangsa dan memastikan keselamatan kakitangannya lebih terjamin.

“Sekiranya kerajaan bersetuju dengan tuntutan kami, kami akan membatalkan mogok dan mula beroperasi seperti biasa. Tiada masalah,” katanya. – Agensi

Tags: basMogok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

Tragedi Pelajar UPSI: Kelajuan Bas Cecah 117.6 km/j, Punca Nahas Dikenal Pasti

18/07/2025
0

PUTRAJAYA - Kelajuan bas persiaran yang terlibat dalam nahas mengorbankan 15 nyawa pelajar Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) Jun lalu...

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

Lagi Kemalangan Libatkan Bas

12/07/2025
0

RANAU – Seramai 22 penumpang berdepan detik cemas apabila bas ekspres yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd