LONDON – Apa perasaan anda selepas mendapati seekor pepijat melompat keluar dari mulut setelah anda batuk? Tentu ia mengejutkan dan menakutkan.
Itulah perasaan yang dialami oleh seorang pereka grafik, Phil Lyndon 52, yang mengalami batuk teruk.
Sebelum itu dia menemui doktor dan mereka memberinya ubat antibiotik.
Selepas makan ubat itu, keesokannya harinya ketika meludah kahak, Lyndon terkejut mendapati pepijat itu keluar dari mulutnya.
“Saya mungkin menyedut pepejat berkenaan ketika tidur pada waktu malam,” katanya yang pada mulanya menyangka ketulan kahak besar yang keluar dari mulutnya.
Lyndon kemudiannya menemui doktor kerana bimbang mungkin berlaku jangkitan dalam paru-parunya dan selepas pemeriksaan dilakukan, dia bernasib baik kerana paru-paru dan darahnya tidak bercampur.
“Ketika bertemu doktor, mereka merujuk saya ke unit penyakit tropika dan selepas x-ray dijalankan, semuanya selamat. Malah ujian darah juga menunjukkan saya tidak mengalami sebarang jangkitan,” katanya.
- MYNEWSHUB.CC