• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak Maut Terkena Dahan Pokok Jatuh

oleh Ahmad Albab
12/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Seorang kanak-kanak maut akibat terkena dahan pokok ru yang patah akibat dipanah petir di hadapan sebuah chalet di Pengkalan Balak di sini pagi tadi.

Ketika kejadian 8.20 pagi itu, Muhammad Shahir Putra Mohd Shahril Nizri, 5, dan kakaknya Nursharina Alfishah, 7, berada di hadapan chalet yang disewa keluarganya.

Dahan pokok yang terpelanting itu mengenai bahagian belakang kepalanya menyebabkan dia rebah.

Ibu mangsa Nadiah Jamaludin, 28, berkata anak-anaknya sedang menunggu beliau dan suaminya untuk turun ke pantai.

“Saya dan suami (Mohd Shahril Nizri Mohd Shoif, 30) ketika itu sedang bersiap-siap di dalam chalet apabila saya terdengar bunyi petir kuat yang disusuli dengan bunyi dahan pokok patah.

“Saya bergegas keluar bilik dan terkejut apabila melihat Shahir rebah di dalam longkang depan chalet dengan kepalanya berlumuran darah. Saya memanggil suami saya yang kemudian memberi bantuan pernafasan kepada Shahir,” kata Nadiah di Hospital Alor Gajah.

Beliau yang merupakan kakitangan sebuah hospital swasta berkata beliau dan suaminya kemudian membawa anak mereka ke Hospital Kem Terendak.

“Saya dapati anak saya mula kaku dalam pangkuan saya ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Keluarga tersebut dari Klang, Selangor serta enam keluarga lain tiba di Pengkalan Balak petang semalam untuk bercuti dan bercadang mendaftar keluar pada tengah hari tadi.

Mayat kanak-kanak itu telah dibawa balik untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 4, Klang.

– BERNAMA

Tags: kanak-kanakmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd