• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Minta Ongkili Tetapkan Tarikh Selesai Isu Perjanjian Air

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali meminta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili menetapkan dengan secepat mungkin tarikh untuk kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian berhubung penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air di Selangor.

Mohamed Azmin berkata pertikaian itu termasuk mengenai tuntutan kerajaan persekutuan untuk mengambil alih aset Selangor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Saya hanya berpegang kepada perjanjian yang ditandatangani. Kalau ada pandangan berbeza, elok kita bincang,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan cek untuk membiayai program ‘Hijrah Selangor’ di sini hari ini.

Menurut laporan media, tarikh untuk memuktamadkan cadangan pengambilalihan konsesi air daripada Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) oleh kerajaan negeri tertangguh sebanyak tiga kali.

Pada mulanya, urusan itu dijadual dimuktamadkan pad 9 Feb, kemudian ditunda kepada 9 Mac dan seterusnya kepada 9 April. Tarikh terbaru ialah esok (11 Mei).

Ditanya sama ada Kerajaan Selangor akan menggunakan saluran undang undang untuk menyelesaikan kebuntuan berhubung perjanjian itu, Mohamed Azmin berkata beliau tidak nampak keperluan berbuat demikian memandangkan kerajaan negeri dan kerajaan pusat bersetju dengan terma dan syarat tertentu berkaitan isu itu. – BERNAMA

Tags: airAzmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd