• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Habibah Tiba Di Islamabad – Wisma Putra

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, yang terkorban dalam nahas helikopter di utara Pakistan, tiba di Islamabad pada pagi Sabtu.

Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata jenazah sekarang berada di Hospital Tentera Rawalpindi dan kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Pakistan untuk mempercepatkan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia.

“Kementerian telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan usaha membawa pulang jenazah Allahyarham berjalan lancar.

“Kementerian ingin mengucapkan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga mangsa dan akan terus bekerjasama untuk memastikan urusan membawa pulang jenazah Allahyarham berjalan lancar,” menurut kenyataan kementerian itu semalam.

[BACA:Nahas Helikopter: Duta M’sia Sempat Muat Naik Gambar Di FB]

Habibah ialah seorang daripada tujuh individu yang dilaporkan terbunuh dalam nahas helikopter itu di Lembah Naltar di kawasan Gilgit-Baltistan.

Helikopter itu membawa sekumpulan duta asing dan isteri masing-masing untuk menghadiri acara rasmi anjuran kerajaan Pakistan apabila pesawat malang itu terhempas.

Sementara itu, kenyataan itu berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar, yang terselamat dalam insiden itu dan hanya cedera ringan, juga telah tiba di Islamabad dan kini menjalani rawatan lanjutan di hospital yang sama. – BERNAMA

Tags: jenazahnahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd