• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyusunan Semula SJKT Mengambil Sedikit Masa

oleh Ahmad Albab
10/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEGAMAT – Penyusunan semula Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara bukan sesuatu yang boleh diselesaikan segera.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr berkata penyusunan itu bergantung kepada peruntukan kerajaan yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya lima hingga lapan tahun.

“Sekarang kita dalam proses menyusun semula SJKT yang mempunyai kurang daripada 10 murid untuk ditukarkan ke sekolah yang mempunyai bilangan murid yang lebih ramai terutama dari ladang ke bandar.

“Ini mungkin mengambil masa sehingga lima tahun kerana ia perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk soal peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan baharu SJKT Ladang Nagappa, Jementah, di sini, semalam.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gambir, Datuk M.Asojan; ADUN Serom, Abd. Razak Minhat dan Pengarah Pendidikan Johor, Aminudin Adam.

Subramaniam berkata, proses melibatkan penyusunan bagi sekolah kurang 10 pelajar itu akan melibatkan 24 buah sekolah aliran itu di seluruh negara.

“SJKT kurang 10 murid akan kita pindahkan ke SJKT di kawasan yang mempunyai ramai masyarakat India. Ini kerana ketika ini tidak ramai keluarga India yang masih menetap di kawasan estet sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Beliau berkata, selepas selesai perkara itu, tumpuan yang sama pula akan diberikan terhadap sekolah aliran itu yang kurang 25 murid dan menjangkan tempoh sehingga lapan tahun diperlukan untuk penyusunan yang sama.

Subramaniam yang juga Anggota Parlimen Segamat berkata, kerajaan prihatin dengan perkembangan dan keperluan SJKT apabila RM50 juta diperuntukkan dalam tahun ini untuk membina serta menambah baik sekolah aliran tersebut.

“Sejak lima tahun lalu sebanyak RM240 juta sudah diperuntukkan untuk pembangunan SJKT seluruh negara yang melibatkan menaik taraf dan membina SJKT termasuk menyediakan kemudahan serta melengkapkan infrastrukturnya,” katanya.

Katanya kualiti tenaga pengajar di SJKT juga akan ditingkatkan pada masa akan datang dengan memastikan kira-kira 89 peratus guru di sekolah aliran itu mempunyai ijazah berbanding hanya 60 peratus ketika ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, tahap kesihatan murid-murid di SJKT terutama di ladang-ladang kini semakin baik kerana kesedaran masyarakat India terhadap perkara tersebut semakin tinggi. – BERNAMA

Tags: Dr S. Subramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kekuatan Mental Penting Hadapi PRU14

03/05/2018
0

SEGAMAT – Tugas wakil rakyat dalam tempoh berkempen ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukanlah satu tugas yang mudah sebaliknya...

MIC Bukan Parti Inklusif Kaum India – Subramaniam

23/12/2017
0

MELAKA - MIC bukan sebuah parti eksklusif untuk kaum India beragama Hindu semata-mata, sebaliknya sebuah parti inklusif bersandarkan kepelbagaian kaum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd