• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Penuntut Di Moscow Dan Kematian Yang Sangat Dekat..

oleh AK-47
12/05/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MATI itu pasti.. takkan lewat walau sedetik mahupun tercepat walau sesaat.

Kematian mungkin sesuatu yang menakutkan bagi ramai orang namun beruntunglah bagi mereka yang tidak takut mendepaninya malah setiap berita kematian menjentik hati untuk mengingatkan tentang dunia selepas ajal menjemput kelak.

Di bawah kami kongsikan luahan pemilik Facebook Kak Hassanah yang amat indah ayatnya namun pada masa sama memberikan pengajaran tentang hakikat kematian.

Coretan ini ditulis Kak Hassanah selepas menerima berita demi berita berkaitan kematian individu yang dikenalinya termasuk penuntut Malaysia di Moscow yang meninggal dunia dua hari lalu, selepas cedera dalam kejadian kebakaran di kampusnya bulan lepas.

BACA: Pelajar Cedera Dalam Kebakaran Di Moscow Meninggal Dunia

mynewshub.cc

Menyedihkan.. menurut Kak Hassanah arwah Nur Atikah Alias rupa-rupanya bakal mendirikan rumah tangga Ogos ini manakala pengajiannya cuma berbaki dua bulan sahaja lagi namun takdir menentukan dia pergi lebih awal.

Sesungguhnya manusia merancang tetapi perancangan Allah SWT mengatasi segalanya.. 


 

Fullscreen capture 582015 54219 PM

Berikut coretan Kak Hassanah yang mudah-mudahan bermanfaat:

“Tengok. Pelajar perubatan Universiti Moscow, Rusia. Arwah sepatutnya menghabiskan pengajiannya lagi 2 bulan dan ingin bernikah pada bulan Ogos ni. “

” What. Really ? Masya-Allah Hu Ya Allah. 2 months left ? Allah Allah.. “
Saya tundukkan kepala. Diam dan terus diam. Sebak.

” Yes really. Can you imagine that? It’s not easy, there is one reality that I have always been scared of, scared to talk about, scared even to thinking about. “
Dia turut tundukkan sedikit wajah, seperti ada mutiara jernih yang mula membasahi pipinya.

Tiba-tiba saya teringat perbualan beberapa bulan, minggu, hari lepas about mereka yang berada di sekeliling saya.

#1 ” Kak Hassanah kenal student Medic ni ? (sambil bagi link fb kepada saya). Ni Student University Alex Mesir. Namanya Ummi, dia kemalangan ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang nak balik Malaysia. Rapat juga dengan kakak tu, selalu chat, kalau tak silap dia nak engaged masa balik tanah air tu. Tapi Allah sayang dia. “

” Allahu Akbar, Ya Allah. . Allah. “

#2 ” Saya terima berita itu, saat bersama seorang sahabat.
“Ingat tak akhi Makhzani, yang pernah sekali dengan akhi Hakimi dulu, kenal kan?”
Saya cuba ingat semula siapa orangnya.

“Oh kenal lah, kenapa?”

“Zaujah dia baru meninggal.”
Eh, tersentak saya. Hampir tidak percaya.

“Really? Allahu, Innalillah wa inna ilaihi rojiun..”
Sejujurnya saya tidak kenal isterinya, tapi saya ingat beliau melangsungkan pernikahannya hujung tahun lepas. Dan hanya sempat berbulan madu dengan Zaujahnya selama 2 minggu di Malaysia. Setelah itu, akhi Makhzani meneruskan perjuangan menuntut ilmu di Mesir.

#3 “Tahu tidak Nurdina Assanah? “
“Macam pernah dengar. Why ? “

“Pelajar final year accounting daripada University of Bristol, telah kehilangan ayah, ibu dan abangnya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sungai Buloh. Now dia dalam perjalanan pulang ke Malaysia. “

“What? Ayah? Ibu? Abang? Allah. . Allah. . Allah. .”
Saya kaku, membayangkan saya berada di situasi tersebut.

” Ya, Dina kehilangan ayah, ibu dan abang sekaligus. Dina baru beria nak kenalkan bakal zauj with her parent. But, Allah knows best. “

#4 Ketika itu seorang sahabat usrah membuat panggilan,
“Assalamualaikum, ingat kak Sha ? Kita pernah bermuamalah dengan dia last year.”

“Ohh. .ingat. ingat. . kenapa ni ? “

“Dia baru meninggal tadi, padahal baru 3 hari jadi isteri orang. Sakit. You know, dia meninggal dalam keadaan tangan masih berinai. Huhhh.”

” Allah. Allah. Allah. . .Innalillah wa inna ilaihi rojiun.”

Dan banyak cerita yang berlaku secara realiti, saya tidak selitkan di sini. Buat kamu yang sedang membaca, can you imagine that ? Please imagine now. Letaklah diri kalian di mana-mana situasi di atas. It’s not easy and not easy!

Losing the people I depend on, losing the people I love. Ya Allah. .

Air mata ini berderai saat menaip coretan ini. Dear all, Sometimes, Allah breaks our spirit to save our soul. He breaks our heart to make us whole. He sends us pain so we can be stronger. He sends us failure to make us humbler. He sends us illness so we remember Him.

Sometimes, Allah takes everything away from us so we can learn the value of everything He’s given us. Believe, that Allah knows what’s best for us. And finally, in the end we can say alhamdulillah for all His blessings in our life. I’ve written about this same thing a lot of times already, but yeah, this is me reminding myself in case I forgot.

Remember,
MATI bukan ‘gurau’.
(Kak Hassanah)

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd