• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Maut, Ibu Parah Kereta Masuk Longkang

oleh Ahmad Albab
09/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang budak perempuan tujuh tahun maut, manakala ibunya cedera parah apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam longkang besar di Persiaran Sering Ukay, Ukay Perdana, di sini, malam tadi.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Nizam Abd Razak berkata Nur Fatin Yakob, 26, cedera parah di kepala, kaki dan tangan manakala anaknya Nur Istihar Balqis Shahrul Mahfuz meninggal dunia di tempat kejadian.

“Ketika bomba tiba di lokasi kejadian, Nur Fatin didapati tercampak tiga meter dari kenderaan itu dan anaknya yang berada di tempat duduk penumpang sudah meninggal dunia.

“Pihak bomba mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mayat budak perempuan itu untuk dibawa ke hospital,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Mohd Nizam berkata kenderaan jenis Chevrolet Colorado itu terjunam ke dalam longkang sedalam empat meter.

Beliau berkata tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah bersama sebuah jentera ditugaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 9.46 malam tadi, dan tiba di lokasi 34 minit kemudian.

Mayat Nur Istihar Balqis dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala Nur Fatin dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=i-0H2-dQg2I

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd