• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komputer, 97 Perisian Palsu Bernilai RM800,000 Dirampas

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merampas lima komputer dan 97 perisian palsu bernilai RM800,000 di sebuah syarikat hiasan dalaman di Bangsar, pada 28 April lepas.

Pengarahnya, Muez Abd Aziz berkata serbuan dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa KPDNKK pada 4.40 petang terhadap syarikat yang beroperasi sejak 15 tahun lepas itu.

Menurut Muez serbuan pertama kali ke atas syarikat berkenaan dibuat selepas menerima aduan daripada pihak Business Software Alliance (BSA) bahawa premis itu disyaki menggunakan pelbagai perisian palsu bagi tujuan perniagaan.

“Perisian cetak rompak yang dirampas ialah Adobe sebanyak (23 salinan), Microsoft (31) dan Autodesk (43 ),” katanya dalam sidang media di sini, Khamis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hak Cipta 1987, yang membawa hukuman didenda antara RM2,000 hingga RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Muez berkata sejak Januari hingga April ini, KPDNKK WPKL mencatat 73 kes dengan nilai rampasannya RM991,939 termasuk nilai rampasan perisian, cakera padat (CD) dan video cakera padat (VCD).

Sepanjang tahun lepas pula, sebanyak 66 kes direkodkan melibatkan nilai rampasan sebanyak RM743,909.70 termasuk perisian, CD, VCD dan lain-lain. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=2wsKiX4MC_I

Tags: komputerKPDNKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Guna Dana USP Sedia 2 Juta Komputer, Pakej Internet Setahun

27/01/2021
0

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan kerajaan menggunakan dana Tabung Perkhidmatan Sejagat (USP) bagi...

1.7 Juta Pelajar ‘Miskin Digital’?

23/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Baru-baru ini seorang wakil rakyat pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah membangkitkan isu ‘miskin digital’, yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd