• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Sepasang Kekasih, Rampas 1.12 Kg Ketamin

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan sepasang kekasih dan merampas 1.12 kilogram dadah jenis ketamin bernilai RM44,800 di Taman Syukur di sini, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, ACP Yap Toon Khuan berkata bertindak hasil maklumat awam, kedua-dua suspek berusia lingkungan 30-an dan 38 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di sini pada pukul 11.20 pagi.

“Lelaki berkenaan bekerja sebagai juruelektrik manakala teman wanitanya yang mempunyai perniagaan sendiri dipercayai aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak tujuh bulan lepas,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini Khamis.

Beliau berkata rumah teres dua tingkat yang disewa itu dijadikan sebagai tempat penyimpanan dadah dan dipercayai aktiviti pengedaran dadah berkenaan dilakukan di sekitar bandar raya Ipoh.

Yap berkata nilai dadah terbabit di pasaran boleh mencecah RM62,700.

Polis turut menyita sebuah kereta Proton Wira yang bernilai RM11,000, katanya.

Beliau berkata kedua-dua suspek masing-masing mempunyai satu dan dua rekod jenayah lampau membabitkan kes penipuan.

Hasil ujian air kencing mendapati pasangan kekasih berkenaan positif dadah jenis amfetamin, katanya.

Yap berkata kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Selasa depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: kekasih
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

Ibu Biar Anak Gadis Dirogol Kekasih

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang gadis menempuh detik hitam apabila dicabul dan dirogol kekasih ibunya sendiri dalam kejadian di sebuah kediaman...

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

Selepas Habis ‘Dikikis’, Wanita Dipukul Bekas Kekasih

17/01/2025
0

Sungai Petani : Akibat terpedaya dengan janji manis lelaki 'pisau cukur', seorang wanita mendakwa menjadi mangsa pukul bekas kekasihnya. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd