• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Nazrin Shah Bijaksana, Merendah Diri Dan Berjiwa Rakyat

oleh Ahmad Albab
07/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sultan Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah diputerakan pada 27 Nov 1956, dan baginda merupakan seorang yang bijaksana, merendah diri serta berjiwa rakyat.

Dalam hierarki Kesultanan Negeri Perak, Sultan Nazrin Shah dimasyhur sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Feb 1984 dan Raja Muda Perak pada 15 April 1987.

Mengikut sistem penggiliran Kesultanan Perak, kedudukan Raja Kecil Besar Perak adalah di tempat ketiga selepas Raja Di-Hilir dan Raja Muda sebelum dilantik menjadi Sultan.

Sementara itu, kedudukan di bawah Raja Kecil Besar adalah Raja Kechil Sulong, Raja Kechil Tengah dan Raja Kechil Bongsu.

Bagaimanapun, pada 1987, apabila Raja Muda Perak iaitu Raja Ahmad Saifuddin Almarhum Sultan Iskandar Shah mangkat, Raja Ahmad Hisham Raja Abdul Malik, 80, yang ketika itu Raja Di-Hilir, telah memberi laluan kepada Sultan Nazrin Shah untuk naik menjadi Raja Muda atas faktor usia.

Semasa ayahanda baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pemangku Raja Perak mulai April 1989 hingga 1994.

Selepas kemangkatan Sultan Azlan Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak mencapai kata sepakat memilih Sultan Nazrin Shah sebagai Sultan Perak ke-35 dan baginda dimasyhur sebagai Sultan pada 29 Mei 2014.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, baginda melanjutkan pelajaran dari darjah 6 hingga tingkatan 2 di St John Institution dan pada usia 13 tahun, Sultan Nazrin Shah berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di Leys School, Cambridge.

Baginda kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford.

Sekembalinya dari luar negara, Sultan Nazrin Shah bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Petronas dari 1979 hingga 1983.

Baginda kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Awam di Kennedy School of Government, Universiti Harvard diikuti Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari universiti sama.

Sultan Nazrin Shah merupakan Felo Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford; Felo Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Felo Diraja Institut Kajian Strategik dan Hubungan Antarabangsa Malaysia; Felo Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Baginda baru-baru ini juga berkenan menerima jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon untuk mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan PBB.

Baginda turut diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilantik sebagai Canselor keempat Universiti Malaya berkuat kuasa 16 Julai 2014.

Pada 14 Ogos 2014, Sultan Nazrin Shah telah berkenan menjadi Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda telah diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri, Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011. – BERNAMA

Tags: Sultan Nazrin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

Kerajaan Perak Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Wanita Cuba Dekati Sultan Nazrin – MB

03/09/2025
0

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden seorang wanita cuba mendekati Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sewaktu sambutan Hari...

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

Sultan Nazrin Berkenan Kurniakan Lat Sebagai Seniman Diraja

08/07/2023
0

BATU GAJAH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menganugerahkan kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid, atau lebih dikenali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd