• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal MB S’gor Baharu Terima Surat Perlantikan Hari Ini

oleh Ahmad Albab
22/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Menteri Besar Selangor yang baharu akan menerima surat watikah atau surat perlantikan jawatan itu pada Isnin tetapi nama yang dipilih masih menjadi teka-teki.

Istana berahsia mengenai identiti yang menjadi pilihan antara tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada minggu lalu.

Timbalan Presiden PKR dan Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dianggap sebagai calon yang diberikan keutamaan berikutan kepimpinan PAS mengakui bahawa jawatan menteri besar adalah milik PKR.

Difahamkan Sultan telah membuat keputusan selepas “menemuduga” Azmin, Adun Chempaka, Iskandar Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi secara berasingan.

Iskandar dan Dr Ahmad Yunus dari PAS, dan kedua-duanya juga merupakan exco kerajaan negeri.

Berbeza dengan beberapa laporan, Sultan tidak perlu mengadakan mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor untuk membuat keputusan dan semuanya dikatakan telah dilaksanakan.

Tiada pengumuman rasmi mengenai siapa yang telah dipilih di kalangan tiga calon berkenaan meskipun terdapat laporan yang menyatakan istana akan membuat pengumumannya pada Isnin.

Majlis angkat sumpah bagi menteri besar baharu bakal berlangsung pada pagi Selasa, yang diharapkan dapat mengakhiri kemelut perebutan kuasa dalam Pakatan Rakyat bagi mengisi kerusi tersebut.

Perkembangan pada minggu lalu jelas menunjukkan bahawa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak dipertimbangkan oleh istana sebagai calon menteri besar baharu.

Difahamkan Azmin telah memberi penjelasan pada mesyuarat biro politik PKR pada malam Jumaat mengenai beliau menghadap Sultan selepas bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehari sebelumnya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa sebaliknya Iskandar yang akan mendapat jawatan itu.

Mesyuarat itu akhirnya memutuskan untuk mengadakan mesyuarat tergmpar untuk membincangkan secara lanjut sekiranya Azmin dinamakan sebagai menteri besar kerana beliau perlu mendapat sokongan parti.

Biro poltik turut bersetuju bahawa Dr Wan Azizah perlu mencuba sekali lagi untuk menghadap Sultan bagi memberi penjelasan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti.

Pada Ahad, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim muncul bersama Sultan bagi acara akhir Kejohanan Golf Selangor Masters yang dilihat menjadi tugas dan kemunculan rasminya sebagai menteri besar bersama baginda sebelum beliau mengundurkan diri daripada memegang jawatan itu.

Sultan Selangor mencemar duli pada majlis itu bagi menyampaikan trofi pada kejohanan itu di Kelab Golf Seri Selangor. – mStar Online

Tags: Krisis MB SelangorSultan Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

Penternakan Babi Perlu Kawalan Ketat, Teknologi Moden, Jauh Daripada Penduduk – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Aktiviti penternakan babi tidak boleh dijalankan secara sewenang-wenangnya tanpa kawalan ketat terutama berhampiran kawasan penempatan penduduk. Memetik laporan...

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil Menghadap Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan

08/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil di Istana Bukit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd