• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Genius Matematik M’sia Kes Foto Porno, Peminat Tegar MU

oleh
06/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Pelajar genius Matematik dari Malaysia di sebuah universiti berprestij Britain yang mencetuskan kontroversi kerana memiliki imej pornografi kanak-kanak, dilaporkan penyokong tegar Manchester United.

Perkara itu didedahkan portal berita ternama antarabangsa dalam talian, International Business Times yang berpusat di New York, Amerika Syarikat hasil penyiasatan koresponden Eropah di London minggu lalu.

Nur Fitri Azmeer Nordin, 23 tahun, yang tinggal di kawasan kelas atasan, Queensborough Terrace, Bayswater, dijatuhi hukuman penjara lima tahun baru-baru ini selepas ditangkap Polis Metropolitan pada November lalu.

Nur Nordin

Penuntut biasiswa di institusi terkenal dunia Imperial College ini ditahan kerana memiliki 601 video dan imej kategori A (penyalahgunaan melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak), serta puluhan ribu lagi kategori B dan C.

Dia yang berasal dari Malim Nawar, sebuah bandar kecil di kawasan Kampar, Perak, ironinya memiliki lebih 1,000 rakan menerusi laman sosial Facebook malah terkenal dengan foto-foto bahagia bersama keluarga dan sahabat.

Menamatkan pengajian di sebuah sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan pada 2009, Nur Fitri berkembang seumpama menjadi seorang ahli matematik yang paling sempurna di negaranya sendiri.

Nur Nordin

Lebih hebat, pada tahun 2011, dia pernah bertanding dalam kejohanan antarabangsa setaraf Sukan Olimpik untuk pelajar matematik dari seluruh dunia, International Mathematical Olympiad di Amsterdam, Belanda.

Bagaimanapun, dia terlepas sebarang pingat apabila sekadar memenangi hanya tiga mata – jumlah tertinggi adalah 42; dalam kejohanan tahunan berprestij yang disertai sejumlah 564 peserta dari 101 buah negara.

Setahun kemudian, Nur Fitri lulus dari International Education College di Malaysia, sebelum dia menerima biasiswa untuk memasuki Imperial College melalui tajaan sebuah agensi kerajaan, Majlis Amanah Rakyat.

Ketika berada di England, pelajar ini dilaporkan pernah melawat stadium Old Trafford, ‘kediaman’ rasmi kelab elit Liga Perdana Inggeris, Manchester United lebih tiga tahun lalu sebagai peminat tegar pasukan tersebut.

Malangnya semasa menetap di London, kehidupan di sebalik tabir Nur Fitri berjaya menyembunyi rahsia paling menjijikkan selain sekadar penyokong kelab bola sepak; ketagih kepada hobi foto pornogarfi kanak-kanak.

Ia hanya terbongkar apabila polis tempatan menyerbu rumahnya dan terkejut mendapati pelajar genius itu berada di samping komputer ribanya masih terbuka, manakala sebelahnya patung saiz sebenar budak lelaki. – Agensi/H.A.AMREE

Tags: fotogeniusmatematikseksual
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

28/09/2024
0

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada...

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

Bapa Didenda RM10,000 Rotan Anak Tiri Gara-gara Tidak Faham Matematik

23/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga nasi lemak didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana merotan anak tirinya berusia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd